Monday, July 19, 2010

Fusilli Goreng Ala Singapura


Salam dan ketemu kembali pada pengunjung2 blog saya yg baru nak berputik ini....hari ini orang Singapura masak Fusilli Goreng Ala Singapura tapi resepinya diambil dari Majalah Rasa thn 2008 keluaran Malaysia....kha kha kha kha kha kha.... inilah yg dikata hidup berjirankan.... saya berasa gembira sekali, kebelakangan ini saya telah mendapat ramai kenenalan dari seberang tambak....Salam persahabatan kepada semua kenalan2 baru saya baik di blog ini mahupun di facebook...... dan terimakasih teramat sangat saya kepada blogger yg saya sanjungi dari seberang tambak yg telah menerima saya sebagai teman FB iaitu tak lain dan tak bukan MAT GEBU & KAK UMMI (Home Sweet Home).....dan sesungguhnya saya tergamam sebentar bila membuka blog saya hari ini dan melihat under follower ada Mat Gebu....sekali lagi terimakasih CMG....sorilah cerita panajang pulak saya nie bukan apa terlalu gembira gitu....k mari lah kita lihat resepinya.....




Bahan-Bahan :-

200gm fusilli, direbus seketika hingga lembut

1 biji telur, dipukul hingga kembang

1 batang sosej ayam, dihiris (sosej dah abis, jadi saya gantikan dgn fishcake)

50 gm udang

50 gm kobis

50 gm bawang besar*

15 cili merah * (*dikisar)

100 gm tauge

15 gm bawang (dihiris)

Bahan Perasa Tambahan :-

1 sdm kicap

1 sdm sos tomato

1/2 sdm L&P (tak pakai)

1 sdm stok ayam

1 sdm serbuk kari

garam secukup rasa


Cara Memasaknya :-

Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yg dihiris, tauge dan kobis. Kacau sebantar. Setelah itu masukkan sosej (fishcake) dan udang. Kacau rata. Masukkan bahan perasa tambahan dan telur. Kacau rata. Akhir sekali masukkan fusilli. Kacau seketika. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


4 comments:

  1. Cubalah Diana, mudah-mudahan susuai dgn citarasa anda :-)

    ReplyDelete
  2. cari cari resepi nk msak fusilli ni. yang ni nmpak cam sedap! nk try. hehe :D

    ReplyDelete
  3. try lah Nurainaa...InsyaAllah tidak akan mengecewakan dan mudah-mudahan ianya sesuai dgn citarasa adik :) - kak ani (noraini)

    ReplyDelete