Wednesday, July 14, 2010

Bubur Tepung Pulut Warna-Warni


Selamat malam.....petang tadi bikin bubur.....Bubur Tepung Pulut Warna-Warni nie sesungguhnya memang menarik....cuba lihat menarikkan berwarna-warni....bukan itu saja rasanya juga enak dengan rasa pulutnya yang kenyal-kenyal. Resepi ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran terbaru bulan Ogos 2010....Cubalah InsyaAllah tidak akan mengecewakan......




Bahan Doh:
240 gm tepung pulut
air secukupnya
pewarna hijau dan merah secukupnya (saya tambah warna kuning dan warna asli)
garam secukup rasa

Bahan Kuah:
250 gm air
200 ml santan pekat
125 ml air gula melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Memasak:
1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
2. Bahagikan adunan doh kepada empat bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau, kuning & warna asli.
3. Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yg dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya (saya tak tekan, saya bikin bulat2 je). Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.
4. Apabila doh tadi timbul di permukaan air, angkat dan toskan.
5. Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.
6. Akhir sekali, masukkan doh yg telah direbus tadi ke dalam adunan dan gaul sebati .
7. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment