Thursday, July 15, 2010

Kuih Peria



Assalamualaikum dan selamat malam semuanya....N3 malam ini ialah apa yang di buat petang tadi untuk minum petang iaitu Kuih Peria..... Kuih ini unik, cantik dan kenyal2.... Resepi nya saya dapat kat mana lagi klu bukan di MAJALAH RASA keluaran bulan Julai 2007.... rasanya macam nak cerita panjang tapi saya rasa baik pendek kan cerita dan lansung tengok resepinya soalnya besok saya keje, kul 3 pagi dah nak bagun oiiiiiii (sedihkan)



Bahan-Bahan
500 gm tepung pulut
250 ml santan pekat
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Bahan Inti
500 gm kacang hijau
125 gm gula merah
125gm gula pasir
sehelai daun pandan

Cara Memasaknya
1. Untuk membuat inti, gula merah dan gula pasir dimasak hingga hancur. Tapis kedalam periuk besar.
2. Kacang hijau direbus dengan air secukupnya. Apabila hampir kembang, masukkan ke dalam air gula dan kacau hingga kering. Sejukkan.
3. Untuk membuat kulit peria, gaul tepung pulut dengan santan pekat dan garam sehingga sebati. Bahagikan dua bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi merah.
4. Gentel tepung hijau sebesar bola ping pong kemudian leperkan di atas tapak tangan. Bubuh 1 sudu kecil inti ke dalamnya dan kepalkan semula sebelum dibentukkan seperti buah peria.
5. Cucuk kulitnya dengan garpu agar menyerupai buah peria. (saya tidak menggunakan garpu tetapi menggunakan sepit untuk menyepit kuih makmur.) Ulang sampai habis. Kukus hingga masak dan angkat.


2 comments: