Assalamualaikum semua.... sudah makan tengahari ke belum??? Tadi saya had lunch dgn my hubby & anak saya yg bongsu je sal anak yg sulong dan my princess balik sekolah lambat hari nie.... we had Udang Goreng Cili Padi (resepinya dari buku Rasa Malaysia), Ikan Masak Masam Manis (resepinya dari Majalah Rasa Keluaran terbaru Ogos 2010) dan Aneka Sayur Masak Sos Cendawan (gunakan apa yg ada dalam fridge).... berselera sungguh hubby makan hari ini :-) resepi-resepinya di bawah ok.....
Udang Goreng Cili Padi
Udang Goreng Cili Padi
Bahan-Bahan
12 ekor udang sederhana besar, dikirat hujung misai dan kaki**
1 sdt garam**
1/2 sdt gula** (** disatukan dan perap selama 15 minit)
4 sdm minyak
30 biji cili padi*
2 1/2 cm kunyit hidup*
3 ulas bawang putih* (* dikisar halus)
1/2 sdt kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris
2 sdt penuh asam jawa#
1/4 cawan air# (# dibancuh dan ditapis)
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk perasa
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris
sedikit petai (yg ini saya tambah takde dlm resepi asal)
Cara-Cara
Panakan minyak dalam kuali dan goreng bahan2 kisar dan serbuk kunyit selama seminit. Kemudian campurkan bawang besar dan goreng hingga layu dan wangi. Tuangkan air asam dan didihkan. Masukkan udang dan goreng sambil dikacau selama 2 minit. Tutup kuali selama 3 minit. Buka tutup, masukkan garam dan serbuk perasa akhir sekali cili hiris dan petai. Hidang kan panas-panas dengan nasi putih.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikan Masak Masam Manis
Bahan-Bahan
1 ekor ikan (jenis ikan terserah pada masing2)
3 sdm sos tomato
2 sdm sos cili
1 sdm gula
1 sdm cuka
200 gm minyak
3 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah* (* dimayang)
1 sdt serbuk kunyit
garam secukup rasa
tepung jagung secukupnya
Cara memasak
1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit serbuk. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak sekali lagi. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih dan pekat.
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, tuangkan ke dalam masakan tadi bersama cuka.
5. Apabila kuahnya agak pekat, angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi.
6. Sedia dihidangkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
50 gm kacang pis
50 gm bunga kobis
100 gm kacang buncis
2 cm halia muda, dihiris
2 packet tauhu jepun, dihiris dan digoreng
50 gm cendawan butang, dihiris
2 biji telur, ambil putihnya
2 sdm sos tiram
2 sdt tepung jagung
25 ml air
4 ulas bawang putih, jangan dihiris
minyak untuk menumis
Tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan sos tiram dan semua jenis sayur. Gaul mesra.
2. Masukkan air dan kemudian masukkan cendawan butang bersama bahan2 lain. Biarkan seketika sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan kemudian bancuh tepung jagung.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kemudian masukkan putih telur. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment