Friday, July 23, 2010

Popia Goreng



Salam semua pada hari Jumaat yang mulia ini.....sudahkah anda semua bersarapan??? apa kata bersarapan Popia Goreng.....Resepi popia nie pada seuatu ketika dulu saya ambil ketika meronda-ronda di blog tiffinbiru.... yalah tu dari CMG lah....Thks Mat, banyak betul jasa awak....banyak resepi2 yg saya cedok dari blog mat.... bagi mereka yg berminat nak sarapan popia.... nie die resepinya....Mat seperti biasa minta izin kongsi resepinya di blog saya nie ya Mat....tq :)

Bahan-Bahannya
2 cawan tauge
1 cawan sengkuang yang telah dipotong memanjang.
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1/2 cawan isi udang, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
secubit gula
kulit popia secukupnya

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum,masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata.
2. Masukkan sengkuang, lobak merah dan cili hiris, gaul rata dan tuang sedikit air kalau perlu, masukkan kicap cair dan tauge, tambah secubit gula dan kacau hingga semua rata. Matikan api, angkat dan sejukkan
3. Bentang sekeping kulit popia, letak 1 1/2 camca teh dinti dan gulung kemas2, sapu sedikit bacuhan tepung gandum dihujung kulit popia sebagai gam. Buat hingga siap.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga popia kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama cili sos.

1 comment:

  1. Ms Noraini, resepi saje dah sedapp bunyinya. akan coba untuk khamis ini buat appetizer di makan malam nasi ambeng di rumah Ms Ani Humphrey.

    Terima kasih sekali!

    ReplyDelete