Thursday, July 15, 2010

Sotong Krim Ketumbar

Salam tengahari Khamis semuanya....waktu gi pasar hari selasa lepas tu terlihat sotong...segar2, buncit2, katanya dalamnya semua ada telur (suka suka suka).....apa lagi beli lah jawabnya.....tu lah hari nie masak sotong....itu pun masa tgh tengok2 Majalah RASA keluaran bulan Jun ternampak pulak resepi Sotong Krim Ketumbar....makanya jadi lah Sotong Krim Ketumbar lauk untuk hari ini.....nak lihat resepinya silakan.....



Bahan-Bahan A
4 ekor sotong size sederhana besar
1 helai daun kunyit
4 tangkai daun ketumbar
1/2 tin susu cair
1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
1.2 ssudu teh garam

Bahan B (Tumis)
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih*
2 cm halia muda* (*dikisar)
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya






Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak didalam kuali dan goreng sotong separuh masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Gunakan terus minyak dan kuali tersebut untuk mengoreng bawang, bawang putih dan halia kisar sehingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan susu cair, daun ketumbar dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sotong tadi dan kacau perlahan-lahan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5. Tutup api, hiaskan dan hidang.







No comments:

Post a Comment