Thursday, July 15, 2010
Bok Choy Goreng Mempedal Ayam
Salam.....ketemu lagi di hari Jumaat yang mulia ini....waktu saya ronda2 kat rumah CMG dulu saya terlihat resepi Bok Choy Goreng Kupang....nak sangat masak soalnya sungguh meyelerakan....tapi setiap kali saya pegi ke pasar tak pernah ada kupang....takde musim kot....dulu pun skali saya pernah goreng sayur bok choy nie, waktu tu pun takde kupang....waktu tu saya gantikan kupang dgn mempedal ayam.....hari nie pun sama jugalah....maaf ya mat gebu saya tukar kupang to mempedal ayam..... Jom kite lihat resepinya.... saya minta izin C&P je ya che mat...tq
BAHAN-BAHANNYA :
3 - 4 pokok "bok choy" atau sawi jepun
3/4 cawan isi kupang (takde stock jadi digantikan dgn mempedal ayam)
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :
Bok choy atau sawi jepun dileraikan dan rendam dalam air. Cuci bersih dan toskan. Asing batang dan daunnya, batang dihiris dan daunnya jika besar, kerat 2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan isi kupang bersama secubit garam dan serbuk kunyit, kacau rata dan goreng 2 minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah, kacau rata dan masak hingga bawang layu. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air. Tambah batang sawi tadi dan masak hingga lembut. Masukkan daunnya pula, besarkan api dan kacau pantas. Tambah garam secukup rasa, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat...
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment