Monday, February 28, 2011

Banana Choc-Chip Muffin

Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat tengahari semuanya...N3 hari ini ialah apa yang dibuat untuk makan petang semalam yang mana resepinya saya ambil dari blog CMG...Mat saya minta izin C&P resepinya disini ya...mmg sedap muffin nie...bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan lah boleh buat makan petang hari nie kan....

Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam (mat tak letak)*(*digaul rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip

Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
Satukan bahan2 A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan bergaul mesra. Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!!!

Thursday, February 24, 2011

Tepung Gomak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada teman2 blogger semua...saya mmg dah tidak mengambil tempahan lagi semenjak ibu menjalani operasi dan kemudian tinggal di rumah saya...tetapi hari ini saya mengambil tempahan ini kerana ianya dari teman rapat sgt...tempahan hari ini ialah Tepung Gomak dan Ondeh-Ondeh Kacang Hijau...disini hari ini saya akan kongsi sama resepi Tepung Gomak kerna resepi Ondeh-Ondeh Kacang Hijau sudah pernah saya kongsi satu ketika dahulu...jadi marilah kita semak resepi Tepung Gomak kuih klasik yg enak ini...

Bahan-Bahan A
200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan B
600 gm tepung pulut
1 mangkuk air
400 gm tepung kacang hijau
sedikit garam

Cara Untuk Bahan A
Kacang hijau direbus hingga kembang. Kemudian tumbuk sampai tumbuk sampai hancur. Gula melaka dimasak dgn 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yg sederhana besarnya. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam. Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara Utk Bahan B
Uli tepung pulut dgn air dan garam sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkna di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan:
Untuk membuat tepung kacang hijau yg di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan. Setelah itu barulah dikisar halus.

Wednesday, February 23, 2011

Bubur Suji

Apa khabar semua...hari ini saya mau kongsi apa yg dibuat semalam petang...Resepi ulang tayang iaitu Bubur Suji...Bubur Suji ini adalah bubur feveret anak2 saya, tak akan pernah jelak...masak 1 periuk besar pun gerenti habis...harap2 anda semua tidak bosan kerna ini adalah resepi ulang tayang...sekali lagi saya sertakan resepinya di bawah....

Bahan-Bahan
1/2 packet suji (samolina)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis* (*direbus dan diambil airnya)
sedikit air mawar atau esen rose
sedikit serbuk pewarna kuning
minyak sapi secukupnya
sedikit badam, dikisar kasar2sedikit gajus dan kismis kuning untuk hiasan

Cara-caranya
Tuangkan suji, air, susu cair, susu pekat, air rebusan, air mawar atau esen rose dan serbuk pewarna kuning ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan dan badam yang dikisar kasar2. Masakkan semua bahan2 itu di atas dapur. Bila sudah agak pekat, dan bila dikacau agak berat, kecilkan api. Kacau terusan sampai mendidih. Setelah mendidih, tutup api. Setelah itu goreng gajus kemudian kismis dengan kira2 1 sudu minyak sapi Ghee (goreng gajus dulu baru kismis). Bahan2 yang digoreng hendaklah ditaburkan di atas bubur suji ketika dihidangkan. Baki minyak sapi yang digunakan untuk menggoreng gajus dan kismis dituangkan kedalam bubur suji tadi.

Tuesday, February 22, 2011

Ikan Tudung Periuk Masak Sop

Assalamualaikum semua...aduh mmg lama sgt sudah tidak berblog kerana lagi sibuk dan pulak PC dan Lappy ku down, skrg pun PC masih tak blh digunakan cuma lappy saja sudah ok...Hari ini masak simple je utk lunch iaitu Ikan Tudung Periuk Masak Sop...oh ya dan digandingkan pula dgn sambal belacan...simple tapi blh tambah berpinggan-pinggan u hehehehehe... jadi bagi sesiapa yg ingin mencuba masak lauk ini, resepi simplenya ada dibawah....

Bahan-Bahan
1 kilo ikan tudung periuk
2 biji bawang besar *
4 biji bawang putih *
halia sebesar ibu jari *(* dihiris)
4 batang lada merah (potong sangkut)
daun sop secukupnya (potong kasar2)
sedikit serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa

Cara-Cara
Tumis bahan2 yg dihiris sampai layu dan wangi kemudian masukkan lada merah dan air secukupnya. Taburkan serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa secukupya. Setelah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan daun sop dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas2 dan jgn lupa sambal belacannya hmmmm