Wednesday, July 21, 2010

Daging Masak Merah, Paru Goreng Bersambal dan Gulai Hati Ayam & Terung

Salam dan ketemu lagi kita di hari rabu ini.... maaf lambat muat N3 untuk makan tengahari hari ini.....tadi lepas lunch dok sibuk godeh-godeh iphone...barulah katakan...saya nie IT kan slow (tapi nak juga pakai iphone) jadi makan masa lah sikit....pas tu lepas ishak tadi mulalah masukkan N3 untuk hari ini.....anda nak tau, boleh pengsan dibuatnya, untuk upload beberapa gambar dalam N3 nie aje punya lah lama....ya Allah sampai mcm dah nak hilang sabar dibuatnya tapi pasalkan nak jugak masukkan N3 hari nie jugak, ku sabar menanti.... okay hari nie tadi lunch ada Daging Masak Merah dari Majalah Rasa keluaran tahun 2008, Paru Goreng Bersambal dari blog resepimingguini dan Gulai Hati Ayam & Terung yg nie pandai2 sendiri....sal dah malam nie kita pendekkan cerita dan lihat resepi ajelah ya......


Daging Masak Merah


Bahan-Bahan

1 kg daging batang pinang, direbus sehingga empuk
10 ulas bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
2 ulas bawang besar* (*dihiris)
1 batang serai#
2.5 cm halia# (# diketuk)
500 ml cili kering yang telah dikisar
125 ml tomato puri
250 ml minyak masak
250 ml air
daun sup dan daun bawang secukupnya, dihiris
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa secukupnya




Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan serai, halia dan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga garing.
3. Masukkan tomato puri dan air.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan daging yang telah direbus. Gaul rata.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Biar mendidih sehingga masak.
6. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang.



==============================================================

Paru Goreng Bersambal



Bahan-bahan:
300g paru - direbus kemudian hiris nipis2
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
1 sudu makan jintan manis-ditumbuk
sedikit minyak
Bahan untuk sambal (semua bahan ni dikisar)
5-6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
Gaulkan paru yang telah direbus dan dihiris nipis bersama jintan manis yang telah ditumbuk, serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak. Goreng paru tadi hingga agak2 garing. angkat dan ketepikan.Untuk menumis,panaskan minyak (guna sedikit drp lebihan minyak untuk menggoreng tadi),tumis bhn kisar hingga masak atau naik minyak.masukkan air asam jawa, gula dan juga sedikit garam. garam jgn byk sbb paru goreng dh masin.last sekali masukkan paru tadi. gaul rata dan masak hingga sambal tu kering baru angkat dan dihidangkan.


==============================================================


Gulai Hati Ayam & Terung



Bahan-Bahan
500 gm hati ayam
500 gm terung
4 biji bawang besar*
300 gm cili padi*
5 cm kunyit hidup* (* ditumbuk)
2 batang serai diketuk
1 liter santan
garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Didihkan bahan tumbuk, serai dan santan di dalam periuk. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan hati ayam dan terung. Gaul sebati dan didihkan.
3. Akhir sekali, perasakan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment