Thursday, July 22, 2010

Custard Tart & Fruit Tart











Salam semua.....Inilah project yang saya katakan tadi.....ini jugak adalah N3 tertunda....ini adalah apa yang saya buat semalam untuk makan petang.....tapi ianya dibuat dirumah seorang teman karib saya (dah macam sedara dah....) sofea namanya.... saya buat Custard & Fruit Tart nie disana untuk mendapatkan tip2 dan cara yang terbaik darinya.... Sofea adalah seorang yang baik hati dan tak lokek dgn ilmu yang dimilikinya....sudah bergiat dalam bidang ini dari sejak tahun 2004....pastry2, masakkan2 dan kuih-muihnya memang tak boleh dinafikan keenakaannya....Terimakasih Sofea...semalam saya dah minta izin untuk muatkan resepinya di blog saya nie....sekali lagi terimakasih Sofea kerana meluangkan masa untuk menunjuk ajar kepada ani.....kalau ada yang ingin mencubanya silakan lah resepinya ada dibawah....InsyaAllah pasti tidak akan mengecewakan....saya sekeluarga memang dari dulu minat sangat dgn custard tart sofea nie....klu makan 1, 2 tak akan cukup (malu nak cakap) paling2 10pcs.... nie bukan gelojoh ya, pasal sedap sangat.....

Custard Tart & Fruit Tart Pastry
Bahan-Bahan
7 oz gula halus
1 kilo tepung
2 biji telur
16 oz butter

Cara-Cara
Butter, gula dan telur digaul rata, lalu masukkan tepung dan digaul menjadi adunan. Canai adunan tersebut hingga tipis lalu diterap. Setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk alimunium kecil atau pun acaun tartlet dan ratakan kemas dengan menekan-nekan aduanan supaya lekat di acuan. Kemudian dibakar dengan 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Bila sudah masak boleh dituangkan custard topping kedalam tart yang kosong.

Untuk fruit tart
Sebelum dituangkan custard topping, dalaman tart yang kosong itu harus disapukan chocolate coating yang telah di double boiling. (ini dilakukan untuk mengelakkan tart kita pecah). Kemudian baru dituangkan custurd topping. Bila toppingnya sudah sejuk dan agak keras sedikit, susunlah buah-buahan pilihan anda dipermukaannya mengikut kreativiti anda sendiri. Akhir sekali kilatkan/sapukan buah-buahan tersebut dengan apricot gel.

















Custard Tart Topping
Bahan-Bahan
4 oz tepung custard
8 oz gula pasir
1 tin susu cair
2 sdm butter
1 biji telur
1000 ml air

Cara-Cara
Air, gula, susu cair dan tepung custard disatukan dan kacau rata. Kemudian kacau telur sedikit dan masukkan kedalam bahan yang telah disatukan tadi. Akhir sekali masukkan butter dan di masak sehingga tanak.
















8 comments:

  1. waaaa terliur tgk tart telor tu...mmg suke sgt tart telor...huhu

    ReplyDelete
  2. salam emunnn...
    mmg sedap nie saya pun mmg suka sgt...tapi yang saya buat nie bukannya egg tart tau emunnn, ianya ialah custard tart...cuba lah...

    ReplyDelete
  3. norazlina abdullahJuly 30, 2010 at 3:00 AM

    kak ani..nak terap tart tu kena pkai penerap die ke bru jd cantik bunga2 tepi dia tu..ke pkai penerap jns camne..sory..saye x tau ni..tp nak cuba sesangat..coz saya mmg peminat tart

    ReplyDelete
  4. Norazlina,kak ani pakai pastry cutter yg bulat dan tepiya berbiku-biku (size pastry cutter yg kak pakai ialah 7cm)

    ReplyDelete
  5. salam sis, nk tanya utk topping custrd tu..satukan semua bhn ke hanya kacau2 dan tuang ke dlm acuan pastu bakar ke? ke kena msk atas api dlu baru bakar custard tu?

    ReplyDelete
  6. dan lg satu..ukuran dlm gram ada x sis? untuk tepung dan gula pasir..saya x tahu ukuran dlm oz..hhehehhe...

    ReplyDelete
  7. salam ros... terlebih dahulu kak ani nak minta maaf kerana lambat reply soalnya semenjak mak saya tak sakit saya dah lama tak buka dan update blog... mengenai pertanyaan ros tu, toppingnya perlu dimasak di atas api dan kemudian dituangkan ke dalam tart kosong yang sudah dibakar...tak perlu dibakar lagi hanya tunggu sebentar sehingga custardnya mengeras sedikit dan siap untuk dimakan...

    ReplyDelete
  8. Salam kak. 1 oz bersamaan dgn berapa gram ye? 4 oz tu berapa banyak?

    ReplyDelete