Thursday, July 8, 2010

Udang Masala

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini adalah hari pertama saya berblogging. Blog ini tercipta atas dorongan teman-teman. Sebenarnya saya memang tidak pandai soal blog, facebook tu pun saja cuba-cuba by trial & error (nie pun sama jugak lah) tapi kerana suka sangat tgk blog teman-teman dan keinginan untuk berkongsi resepi2 masakan & kuih-muih saya pun kuat kan semangat untuk mencuba....jadi minta ampun dan maaf jika terdapat kekurangan di rumah/dapur saya ini...

Hari ini kita makan udang k.... Udang Masala.... jom kite tengok resepinya yg saya dapat rumah Inahar (myinhar67) dan resepi asalnya dari Kak Liza....terimakasih ingin saya ucapkan kepada kedua-duanya.....saya C&P je resepi dari rumah Inahar ya....


Udang Masala
Sumber: Inahar (myinahar67)
Resepi Asal: Kak Liza

Bahan A:-
500 gm udang (dibersihkan )
2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
3 tangkai daun kari
1/2 cawan yogurt asli2 tangkai cili merah (dihiris serong)
2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih2 cm halia
1 sudu besar jintan putih - kisar kering
1 sudu besar jintan manis - kisar kering
1 sudu besar lada putih - kisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu). Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api. Sedia dihidangkan. Senang kaannnnn...

No comments:

Post a Comment