Monday, December 27, 2010

Apam Comel Inti Kelapa




Salam semua... terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana dah lama tak update blog pasal skrg saya selalu ulang-alik hospital kerana ibu lagi dlm rawatan.... nie tadi ada bikin sedikit Apam Comel Inti Kelapa yang resepinya saya ambil dari Lilydvalley@myresepi.com dan dah lama juga saya simpan tapi belum mencubanya....jadi tadi bikin lah tapi tak pakai inti pasal anak2 tak suka sgt inti kelapa, mereka lebih suka kosong....bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan lah....terimakasih kepada tuan yg punya resepi kerana sudi berkongsi resepi ini....



Bahan-Bahan

3 biji telur (dari peti sejuk)

275gm tepung gandum/tepung kek

220gm gula halus

150gm susu segar/UHT

3 sdt baking powder

1 sdt ovallete



Inti Kelapa

kelapa parut putih

gula merah

1 sdt tepung jagung (dibancuh dgn 1 sdm air)

2 helai pandan (dipintal dan diikat)




Cara-Cara

- Masukkan semua bahan apam ke dlm mangkuk.

- Pukul menggunakan mixer pada kelajuan maxima selam 6-8 min.

- Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa masing2 (saya gunakan warna asli dan merah jambu, jadi dua warna sahaja)

- masukkan setiap warna ke dlm piping bag (atau bag plastik yg bersih)

- Pipe kan sedikit adunan ke dlm mangkuk kertas yg telah disusun didlm acuan.

- Masukkan inti kelapa (buat kali ini saya tak gunakan)

- Pipe kan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.

- Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15min



Untuk Inti Kelapa

- Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.

-Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dahulu dan bulat2kn.



Note - Inti kelapa boleh digantikan dgn apa2 perisa filling atau jem....


Saturday, December 4, 2010

Kuih Kaswi

Salam Sabtu semuanya....Apa khabar??? Semoga semuanya dalam keadaan sihat2..Petang tadi Kuih Kaswi menjadi pilihan....satu lagi resepi dari CMG...bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan kerna mmg sedap....Mat Gebu, saya minta izin letak resepinya disini ya...

Bahan-Bahan

Bahan A
300gm gula melaka
240gm gula pasir
450ml air
2 helai daun pandan, disiat dan disimpul
Bahan B
190gm tepung gandum*
120gm tepung kanji* (resepi mat pakai tepung ubi)
60gm tepung beras* (disatukan dan diayak)
900ml air
2 sdm air abu (alkaline water)
1 sdm air kapur
2 sdm pewarna coklat
Bahan C
1 cawan kelapa parut putih*
secubit garam*
dan saya pakai 1 helai daun pandan*(disatukan dan dikukus sebentar)


Cara-Cara
- Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut...Sejukkan.
- Satukan bahan2 B dalam satu bekas . Kacau rata dengan whisk.
- Satukan no 1 dan no 2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak (boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, klu guna bekas comel jangka masa mengukus ialah 10-12minit)
- Kukus 40-45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kring. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
(saya lebih suka pakai acuan yg comel2 tu....)

Thursday, December 2, 2010

Pudding Milo

Salam Jumaat semua....Semalam saya sempat menyinggah ke rumah CMG dan terlihat Pudding Milo yg dibuat mat.....Ishhh Ishhh Issshhh mmg membuat saya begitu tergoda...dpt saya bayangkan yg pudding milo turun ke tekak saya....mcm dah dpt dirasa keenakkan dan kesejukkannya...apa lagi tu lah ni dok bikin....mat pakai ceri untuk hiasan tapi kat umah tadi takde ceri, ada tembikai (semangka) pun jadilah untuk hiasan...terimakasih Mat Gebu...Mat saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 camca besar penuh MILO*
1/2 cawan air panas mendidih*(*dibancuh hingga larut)
200 ml susu sejat IDEAL
1/2 camca teh esen vanilla
625 air*
100 gram gula pasir*
5 gram serbuk jelly konnyaku*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga larut)
Susu sejat sebagai kuah
Serbuk milo sebagai hiasan
Ceri merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Jerang bahan2 yang disatukan tadi hingga mendidih, kacau sentiasa. Letak esen vanilla kacau lagi dan alihkan dari api.
Masukkan susu cair dan milo yang telah dibancuh dengan air panas tadi, kacau rata2 dengan whisk hingga semua sebati. Tuang dalam bekas kesukaan, terpulang bekas kecil atau besar.
Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga beku. Keluarkan dari acuan, curah sedikit susu sejat, tabur serbuk milo dan hias dengn ceri merah sebelum dihidangkan...

Puteri Ayu

Salam petang Khamis semua...Maaf ya semua kerana kebelakangan ini saya kata orang tu tenggelam tenggelam timbul gitu...Ini pun resepi hari ini adalah resepi ulang tayang.... Hari ini saya bikin Puteri Ayu kerana ibu saya katanya teringin nak makan, maka tadi bikinlah Puteri Ayu yang semamangnya selalu saya gunakan resepi dari Mat Gebu..resepi dari Mat Gebu nie mmg POWER.....bagi sesiapa yg ingin mencuba silakan ya....Sekali lagi saya mohon maaf kepada pengunjung2 blog saya kerana sudah lama tak update blog....Saya akan cuba sedaya upaya untuk update dan memasukkan entry baru :-)

Bahan-Bahannya
1 biji telur gred A
80 g gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 g tepung gandum*
1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut
1 camca besar tepung jagung*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)
Cara membuatnya :
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24 biji puteri ayu..."

Monday, November 15, 2010

Nasi Udang Pakistan

Salam semua.... ini adalah apa yg dimasak semalam iaitu Nasi Udang Pakistan yg saya gandingkan dgn lauk kari ayam atau boleh juga digandingkan dgn rendang ayam....Nak borak sikitlah, takde kena-mengena dgn menu nie....soalnya tadi gi pasar, 1st time beli ikan haruan hidup2 lagi pulak tu dan tadi dah masak dah untuk mak saya...kata orang klu lepas operasi makan ikan haruan bagus...dicampur juga lah herba2 yg dari singseh...berbalik semula lah kepada resepi Nasi Udang Pakistan yg resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Marilah kita lihat resepinya, oh ya klu mengikut resepinya, ianya dimasak menggunakan microwave tapi saya gunakan periuk nasi je....

Bahan-Bahan
200gm beras Basmathi
2 sdt kunyit serbuk
sedikit air
375ml air atau stok ayam

Bahan Pewangi
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
1 sdm minyak masak atau minyak sapi
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sm halia* (*dikisar halus)
200g udang sederhana besar (dibuang bahagian kepalanya sahaja)
sedikit garam dan sedikit lada sulah

Cara Memasaknya
1. Rendam beras di dalam air dan serbuk kunyit dan biar terendam selama 2 jam. Toskan dan ketepikan.
2. Di dalam bekas tahan ketuhar, tuang minyak dan masukkan bahan kisar. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar 3 minit. Tekan START. Setelah selesai keluarkan dari ketuhar ( saya panaskan minyak lepas tu tumis bahan pewangi dan bahan kisar hingga naik bau)
3. Masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Tutup bekas ini dan masukkan semula ke dalam ketuhar. (saya kemudian masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Kacau sebentar hingga sebati)
4. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar masa 17 minit dan tekan START. Biar hingga nasi lembut. Keluarkn dari ketuhar, kacau dan tambah waktu memasak jika perlu. ( saya, masukkan kesemua bahan2 tadi ke dalam periuk nasi electrik dan masak seperti masak nasi biasa)

Sunday, November 14, 2010

Sotong Masak Nani

Salam Isnin semua....ini adalah satu lagi resepi tertunda iaitu Sotong Masak Nani yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober tahun 2008....Kita potong pendek sajalah ya dan langsung ke resepinya ya....Jom kita lihat resepinya.....

Bahan-Bahan
10 ekor sotong, dibersihkan dan masukkan kentang hiris, cantumkan kepalanya dan semat dengan lidi ( saya tak masukkan kentang di dalam sotong, saya potong biasa aje)
2 sdm minyak masak
1/2 sdt biji sawi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris nipis)
1 sdm pes halia#
1 sdm serbuk cili#
1 sdm serbuk jintan putih#
1 sdm serbuk jintan manis#
1 sdt serbuk ketumbar# (#dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kentang, kupas kulit dan potong memanjang
1/2 biji lobak merah, belah enam dan potong 3cm
1/4 biji bunga kubis, potong sederhana
1 tangkai daun kari
250ml pati santan
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis biji sawi, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.
2. Masukkan serbuk cili, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan daun kari. Masak sehingga rempah kering dan naik minyak.
3. Tuangkan air dan masukkan sotong. Kacau rata dan biar separuh masak.
4. Selepas itu masukkan sayur-sayuran. Bila sudah empuk masukkan pati santan dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
5. Bila sudah mendidih dan sotong masak, angkat dari api.
6. Sedia dihidangkan.

Saturday, November 13, 2010

Puding Roti Bersos Kastad

Assalammualaikum....apa khabar semua??? moga2 semuanya dalam keadaan sihat sejahtera..... lama betul saya tak berblogging dan saya ingin mohon maaf ya kepada pengunjung2 blog saya kerana sudah lama tidak ada entry baru soalnya sudah selama 14 hari saya naik turun hospital....hospital tu dah mcm menjadi rumah kedua saya....Ibu saya dimasukkan ke hospital lepas tu melalui operasi dan sekarang Alhamdulillah sudah pulang ke rumah saya...bila kat rumah baru lah ada masa sedikit boleh di selit untuk masukkan entry...Ini adalah entry tertunda iaitu Puding Roti Bersos Kastad....ianya dibikin sebelum ibu saya di masukkan ke hospital...resepi nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan November 2010...Marilah sama2 kita semak resepinya ya.....

Bahan-Bahan
1 buku roti saiz kecil
400ml susu cair
15gm kismis hitam (saya gantikan dgn coklat rice pasal anak2 tak suka kismis)
3 biji telur
4 sdm gula
3 sdm mentega
2 sdm tepung kastad
Bahan Sos Kastad
400ml susu cair
4 sdm gula
2 sdm tepung kastad
1 sdm esen vanila
1/2 sdm tepung jagung
Pewarna kuning secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak
1. Griskan sedikit mentega pada tin/loyang pembakar.
2. Kemudian susunkan roti di dalamnya.
3. Taburkan kismis hitam (saya gunakan cokla rice) untuk lapisan pertama dan tutupkan dengan roti. Lakukan secara bertindan satu demi satu lapisan sehingga menjadi empat lapis. Ketepikan.
4. Seterusnyasatuka susu cair, tepung kastad, mentega, telur dan gula di dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar berisi roti dan lenyekkan mentega yang berketul di atas permukaan roti.
6. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 30 minit.
7. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad, susu cair, esen vanila dan gula di dalam periuk dan didihkan sehingga larut.
8. Setelah itu, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos dan tambahkan pewarna kuning secukupnya.
9. Akhir sekali, hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad. Enak dnikmati sejuk-sejuk.

Wednesday, October 27, 2010

Kek Coklat

Salam semua....nie sempat baking skejap tadi lagi si kecik tu tidur, lepas die makan ubat mengantuk lah tu...baking Kek Coklat....Klu ikut resepinya ada pakai topping tapi saya tak gunakan topping bake keknya aje ambik ringkas hehehehe....bagi sesiapa yang ingin gunakan topping akan saya sertakan sekali resepi toppingnya... resepinya dari Majalah Rasa keluaran Bulan November 2010...jom semak resepinya....

Bahan A
750gm tepung Halus Lagi Putih Blue Key (saya guna tepung gandum biasa je)*
187.5gm serbuk koko*
2 sdt soda bikarbonat*
2 sdt baking powder* (*ayak semua)

Bahan B
500gm gula kaster
250ml susu cair
250ml minyak masak
250ml air panas suam
1 sdm perisa coklat
3 biji telur

Cara-Cara
1. Ayak Bahan A.
2. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan B dan gaul rata.
4. Tuangkan ke dalam acuan/loyang 8 X 8 dan bakar.
5. Setelah kek sejuk boleh dihiaskan dengan topping coklat (hari nie saya tak gunakan topping)

Bahan Topping
250gm serbuk koko
500gm gula pasir
1.25 liter air
250gm tepung jagung
1 sdm marjerin

Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan masak di atas dapur sehingga pekat.
2. Akhir sekali masukkan marjerin dan kacau sebati.
3. Bolehlah disapu di atas kek untuk dihiaskan dengan parutan coklat dan coklat chips....

Sup Ayam Berempah


Salam hari Rabu semuanya....maaf ya beberapa hari nie tak senang nak masukkan N3 soalnya anak saya yang bongsu tu tak sihat...nie hari ini nampak Alhamdulillah boleh tahan sikit, jadi dpt lah mengadap PC skejap...jadi tak payah cerita panjang lah ya....Hari ini masak Sup Ayam Berempah yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....marilah sama2 kita lihat resepinya....
Bahan-Bahan
400gm ayam, dipotong kecil
1 liter air
200gm kentang*
200gm lobak merah* (*dipotong kiub)
2 tangkai daun ketumbar#
1 tangkai daun sup#
1 tangkai daun bawang# (# dipotong halus)
3 biji cili padi
4 sdm minyak masak
Bahan Kisar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
3 sdt ketumbar
2 sdt lada hitam
2 sdt jintan manis
2 sdt jintan putih
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan kentang, lobak merah cili padi dan juga ayam. Biarkan sehingga kentang dan lobak lembut.
4. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
5. Buangkan minyak di bahagian atas sup dan taburkan dengan daun ketumbar, daun sup serta daun bawang dan sedia untuk dihidangkan....

Monday, October 25, 2010

Rendang Ayam 'Ronggeng Rokiah'


Salam sejahtera semua....untuk makan tengahari tadi Rendang Ayam 'Ronggeng Rokiah' menjadi pilihan....resepi nie saya ambil dari keluaran terbaru Majalah Rasa Bulan November 2010....Menurut info dari chefnya resepi nie adalah resepi turun-temurun ibunya dan sangat mudah disediakan. Ia juga tidak menggunakan minyak (tanpa tumis). Air ayam yang dididihkan memberi rasa berlemak dan enak pada rendang...Oklah marilah kita sama-sama semak resepinya....
Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12
500ml santan pekat
3 helai daun kunyit, diracik halus
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3cm lengkuas
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
9 batang serai (saya gunakan 5 batang je)
Cara-Cara
1. Satukan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan bersama bahan-bahan kisar di dalam periuk . Didihkan sehingga air ayam hampir kering.
2. Kemudian masukkan santan dan kacau sebati. Sekiranya santan terlalu pekat, tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kerisik dan perasakan. Biarkan sehingga kuah menjadi kering. Pastikan api perlahan.
4. Akhir sekali, angkat dan taburkan hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan. Sedia untuk dinikmati....

Cucur Udang


Salam semua....semalam waktu jalan2 kat blog Mat Gebu terlihat Cucur Udang Tembam...dah terlihat pas tu dah teringin pulak nak membikin pasal nak memakannya lah...tu lah buat tadi pagi untuk sarapan tapi takde lah tembam mcm yg Mat buat....walau macam mana pun rasanya sedap u, abis satu pinggan lagi2 di makan panas2... Mat saya minta izin C&P resepinya ya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

Saturday, October 23, 2010

Nagasari

Salam sejahtera semua...semalam petang bikin Nagasari yang resepinya dari Blog Bro Rozzan...tapi maaf ya gambarnya tidak begitu clear/terang pasal camera dibawa oleh anak saya dan saya gunakan handphone untuk ambil gambar jadi blurr lah...tapi takpe, yang penting rasanya yang sedap.....Bro Rozzan saya minta izin C&P resepinya kat blog saya nie ya....thks

Bahan-bahan
1 1/2 cawan (180gm) tepung beras
4 1/2 cawan (1000ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan (110gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya
Cara-Cara
1) satukan tepung beras, santan, gula, garam daun pandan di dlm periuk
2) kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.
SELAMAT MENCUBA...........

Nasi Tomato

Salam hujung minggu semua….hari ini masak Nasi Tomato yang resepinya saya lupa lah saya ambil dari blog Mat Gebu ke dari blog Ummi Home Sweet Home….dari Mat ataupun Kak Ummi, saya ucapkan terimakasih dan ingin minta izin C&P resepinya disini….

Bahan-bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 biji buah pelaga *
3 biji bunga cengkih *
1 inci kulit kayu manis *
2 kuntum bunga lawang *
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan tomato sos
2 sb majerin atau minyak sapi (saya gunakan minyak sapi)
garam secukup rasa
air (ikut sukatan beras 5 cawan jugak)
daun pandan disimpul atau daun sup dicincang (saya gunakan kedua-duanya sekali)

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan bahan2 yg bertanda * dgn minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan susu cair, tomato, tomato sos, garam dan air. Gaul rata dan biarkan sampai mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup kemudian alihkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa. (hidupkan rice cookernya to cook lagi klu nasi belum masak betul)
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai nasi hancur.

* saya hidangkan nasi tomato nie dgn ayam masak merah. klu dapat masak dalca dan kerabu timun pun lagi bagus...dgn ayam masak merah aje pun dah sedap hehehehe

Magical Eggs

Assalamualaikum semua…Semalam masak Magical Eggs (jadi dlm bahasa melayu adakah Telur Ajaib???) ape pun ia, disini ingin saya berkongsi resepinya yang saya ambil dari buku Delightful Cuisine…klu ada yang ingin mencubanya silakan…..

Bahan-Bahan
600gm daging cincang
2 sdm tepung jagung
1 sdt garam
1 biji telur
7 biji telur rebus dan dibuang kulitnya
minyak masak untuk menggoreng
200gm bawang besar, dihiris bulat2
6 sdm tomato ketchup
2 cawan santan
1 sdt gula
2 biji tomato, dipotong 4
200gm bawang kecil, dihiris dan digoreng
1/2 tin kacang peas

Bahan-Bahan yg di grind
1 sdt lada putih (white pepper)
1 sdt jintan (cumin)
6 ulas bawang putih
10 biji bawang kecil
2cm halia
2 1/2cm kayu manis
5 bunga cengkih
3 buah pelaga

Cara-Cara
Campurkan daging cincang dgn 2sdt bahan2 yg di grind, tepung jagung, secubit garam dan 1 biji telur. Kacau rata.

Salut telur rebus dgn adunan daging cincang tadi. Goreng telur yg telah disalut daging cincang sehingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Panaskan 3sdm minyak masak dan tumis bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan baki bahan2 yg di grind, tumis hingga garing dan naik bau. Sesudah itu masukkkan tomato ketchup dan santan. Masak sebentar, kemudian masukkan garam, gula, telur yg telah digoreng bersalut daging cincang dan bahan2 yg lain. Kacau rata dan tutup api. Bila dihidangkan boleh lah dibelah dua telurnya....Selamat mencuba :)

Friday, October 22, 2010

Daging Gulai Rebah Bangun


Selamat tengahari Jumaat semua....tadi hujan lebat betul...hari ini kita masak daging pulak lah ya....Daging Gulai Rebah Bangun...Resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010...selain nasi putih panas2, nasi minyak boleh juga dimakan bersama pulut...sedapppppp...Jom kita semak resepinya bersama-sama, lepas klu ada yang ingin mencuba silakan.....
Bahan-Bahan
300gm daging batang pinang, dihiris
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
40gm lengkuas*
150gm cili kering* (*dikisar)
1 batang kulit kayu manis
150gm rempah gulai daging (saya guna rempah kari daging)
50gm gula melaka
Kerisik secukupnya
Belacan secukupnya
250ml santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-Cara
1. Panaskan minyakdan tumis bahan kisar, kulit kayu manis, rempah gulai daging serta belacan hingga wangi.
2. Apabila sudah pecah minyak barulah dimasukkan daging dan santan. Kacau rata dan didihkan sehinnga daging menjadi empuk.
3. Akhir sekali, masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa.
4. Angkat dan hidangkan.

Thursday, October 21, 2010

Ayam Percik Kuda Kepang

Salam sejahtera semua... hari ini saya cuba bikin Ayam Percik Kuda Kepang yg saya ambil resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010 (kenapa agaknya namanya Kuda Kepang ehhhh hmmmm) Klu ikut resepi nie ayam nya nnt harus dibakar tapi saya tak bakar, saya masak je seperti biasa... klu ada yg mau mecuba, silakan....

Bahan-Bahan
4 ekor ayam, dibelah dua (saya gunakan dua ekor je, dipotong 8)

Bahan Kuah
20 biji bawang merah*
50gm halia*
5sm lengkuas*
4 biji buah keras* (* dikisar)
3 batang serai, diketuk
2 sdm cili boh
1/2 sdm halba
625ml santan pekat
garam scukup rasa

Cara-Cara
1. Satukan bahan kuah di dalam periuk dan didihkan. ( saya tumiskan bahan kuah dgn sedikit minyak)
2. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan ayam.Pastikan ayam dimasak separuh masak. Angkat (tapi saya masak sehingga ayamnya masak, kacau rata dan sedia untuk dhidangkan) bagi sesiapa yg ingin membakar ayamnya boleh meneruskan step seterusnya
3. Akhir sekali, bakar ayam di atas bara arang dan percikkan lebihan kuah tadi. Kaup balikkan ayam sehingga masak sepenuhnya.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Udang Goreng Kunyit


Assalmualaikum dan salam sejahtera semua....Udang Goreng Kunyit ini adalah apa yang dimasak semalam yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010...Klu ada yang mau mencubanya, resepinya ada dibawah....
Bahan-Bahan
100gm udang
1 biji cili merah*
1 ulas bawang bawang merah*
80gm lobak merah* (* dihiris halus )
50gm serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara-Cara
1. Perapkan udang bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang dan cili merah hingga layu.
3. Masukkan lobak merah dan udang tadi. Kacau rata.
4. Gaul rata sehingga masak dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.

Monday, October 18, 2010

Gulai Ikan Duri

Selamat tengahari semua....semalam singgah ke Siam, hari nie tak tau nak singgah ke mana....semalam masak Gulai Siam, hari nie pun masak Gulai jugak tapi Gulai Ikan Duri (klu ikut resepi aslinya pakai ikan senangin, Gulai Ikan Senangin) sebenarnya ikan senangin itu ikan apa saya pun tak pasti lah....resepi nie saya dapat dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Gulai Ikan Duri nie adalah ala-ala lauk kari gitu, berlemak dan menyelerakan terutama bila sedang menumis baunya menusuk ke kalbu....marilah kita semak resepinya bersama-sama....

Bahan-Bahan
600gm ikan duri, dipotong dan dibersihkan
6 biji kacang bendi
1 biji terung panjang, dipotong
5 sdm rempah kari ikan
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * (*dimayang)
1 sdt halba
1 sdt jintan putih #
1 sdt jintan manis biji # (# ditumbuk)
1 tangkai daun kari
2 sdm asam jawa (dicampur sedikit air dan diambil jusnya)
400ml santan pekat
400ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-Cara
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuning-kuningan.
2. Selepas itu masukkan halba dan daun kari. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari, jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik minyak.
4. Setelah itu masukkan santan, air dan air asam jawa. Kacau rata.
5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih seketika.
6. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan terung.
7.Perasakan dengan garam secukup rasa, kecilkan api dan biarkan masak.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sunday, October 17, 2010

Gulai Siam

Salam semua....hari nie saya singgah ke Siam sekejap soalnya menu masakan hari ini ialah Gulai Siam, hehehehe resepi Gulai Siam ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Bagi saya rasa lauk ini unik lah...ada lemaknya, ada masamnya sikit, lagi pulak ada pakai jintan, buah pelaga dan kayu manis....ishhh tak tau mcm mana nak cakap lah... jadi klu nak tau rasa nya gimana sila lah cuba memasaknya...ada saya sertakan resepinya dibawah....

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 16 (saya potong 8 je sal ayamnya kecil)
200gm terung pipit (takde saya pakai terung biasa je)
500ml santan (saya kurangkan sikit)
3 biji bawang merah India*
5 ulas bawang putih*
2.5sm kunyit* (*dikisar)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
3 sdm minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan jintan manis, jintan putih, buah pelaga serta kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga kekuningan dan garing.
3. Setelah garing, masukkan santan dan kacau rata. (pastikan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyaknya)
4. Masukkan ayam dan biarkan hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serta serbuk perasa secukupnya diikuti terung pipit dan asam keping.
6. Biarkan masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan angkat.

Udang Masam Manis


Assalamualaikum semua….N3 hari ini adalah N3 tertunda…resepi menu hari sabtu yg baru lepas… fikirnya nak masukkan N3 hari sabtu tu jugak tapi tak sempat….Nak masukkan semalam, semalam pulak dari pukul 11pagi sampai 5ptg kat Park Royal Hotel Singapore kerna ada BWL (Best World) nya Perjumpaan Hari Raya, mmg lah terlewat sikit soalnya Syawal pun dah abis tapi tidak mengapa lah dah mmg tarikh itu yg mereka dpt agaknya…jadi ini lah die resepi yg tertunda iaitu Udang Masam Manis…Yok kita semak resepinya……

Bahan-Bahan
Udang (byk mana dan besar mana ikut citarasa masing2)
2 biji bawang besar*
2 biji buah tomato* (dibelah empat)
3 ulas bawang putih#
1 cm halia# (# dihiris)
1 batang timun jepun (dipotong dadu kecil2)
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan cili sos
125ml air
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-Cara
1. Udang digoreng ½ atau ¾ masak, kemudian diangkat, tos dan tepikan dulu
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia sehingga garing. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
3. Setelah itu masukkan air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. Masukkan pula sayur-sayuran dan perasakan.
7. Akhir sekali, apabila sos telah pekat, masukkan udang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau2 sebentar, bila dah rata bolehlah tutup api. Sedia untuk dimakan…….

Friday, October 15, 2010

Caramel Pudding

Salam sejahtera semuanya....ini adalah satu lagi resepi yg saya cedok dari blog Kak Ummi Home Sweet Home iaitu Caramel Pudding...Caramel Pudding ini adalah satu lagi feveret dessert anak2 saya...klu bikin comfirm habis, takde sisa punya....Kak Ummi, saya mintak izin C&P resepi nya ya....Terimakasih....

Bahan-Bahnnya:-
6 biji telor
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil air
1 sudu kecil tepung kastad
1 sudu keci esen vanila

Untuk caramel:-
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara Menyediakan:-
Lenserkan butter pada loyang 6 x 6 x 3 in. Masak gula hingga benar2 keperangan (*jangan smpai naik bau hangus lak! Nanti pahit..). Tuangkan air panas, kacau dan cepat2 tuang ke dalam loyang. Ketepikan biar gula sejuk dan keras. Sementara itu, campurkan telor, susu cair, air, esen vanila dan tepung kastad. Blendkan sebati. Tuang perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus atas api selama lebihkurang 30 minit. Sejukkan dalam fridge. Bila benar2 sejuk, larikkan dengan pisau dulu di tepi loyang caramel baru terbalikkan caramel ke dalam bekas yg sesuai.

Egg Tofu Dengan Brokoli

Salam Jumaat semua....Hari ini saya kongsi resepi yang saya cedok dari blog Kak Ummi Home Sweet Home iaitu Egg Tofu Dengan Brokoli...suka lah saya resepi nie, klu dah suka tu apalagi seleranya pun mendatanglah bertambahlah nasi dipinggan ku hehehehe...Tkasih Kak Ummi...Saya minta izin kongsi resepinya diblog saya ya Kak Ummi....pada yg berminat utk mencuba, silalah lihat resepinya dibawah....

Bahan-Bahanya:-
3 paket egg tofu - potong bulat 1 inci dan goreng dahulu
sedikit brokoli - potong kecil
carrot - potong baji
1/2 capsicum merah (takde jadi pakai cili merah)
1/2 capsicum hijau (takde jadi pakai cili hijau)
1 labu bawang besar - hiris tebal
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
sedikit garam dan gula

Cara-Cara:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih, dan kacau sekejap.
Masukkan sos tiram dan kicap cair.
Masukkan carrot dan biar sebentar.
Masukkan brokoli dan capsicum...kacau rata.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kacau mesra. Tutup api.

Wednesday, October 13, 2010

Bayam Masak Tumis Air

Salam semua... Ini adalah 1 lagi N3 utk hari nie iaitu Bayam Masak Tumis Air.... satu lagi masakkan yg simple tapi sedap...mari lah sama2 kita lihat resepinya....



Bahan-Bahannya
2 ikat bayam
1-2 batang lada merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
serbuk lada hitam secukupnya
beberapa ekor udang (klu takde udang pakai ikan bilis kiub pun boleh jugak)
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-Caranya
Didihkan air secukupnya, masukkan bawang besar, bawang putih dan lada merah. Setelah itu masukkan udang atau ikan bilis kiub dan garam secukup rasa. Bila sudah mendidih masukkan bayam dan sedikit serbuk lada hitam. Bila mendidih aje terus tutupkan api soalnya jangan masak sehingga bayam layu nanti zat2 nya akan hilang.

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum semua....maafnya hari ini lambat masukkan N3...soalnya lagi mau masukkan N3 skali anak2 ajak gi bowling...jadi tadi saya sekeluarga gi bowling lah... k lah hari nie masak yang biasa2 aje Asam Pedas Ikan Pari....saya terus ke resepinya aje lah ya...jom semak resepinya....

Bahan-Bahannya
Ikan pari (banyak mana ikut suka masing2)
10 batang bendi
1 cawan cili kisar
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sdt lada hitam* (*diblend)
1 inci belacan
1 batang serai (dtitik)
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukupnya
daun kesum secukupnya

Cara-Caranya
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 yg diblend hingga harum. Masukkan cili kisar dan serai yg sudah dititik hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan ikan. Bila sudah mendidih masukkan air asam jawa, tambahkan garam secukupnya rasa. Masukkan bendi didihkan dgn api sederhana hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan daun kesum dan tutup apinya. Sedap dimakan dgn nasi putih panas3 dulam pulak dgn petai dan sambal kicap.....

Saturday, October 9, 2010

Brownie

Salam semua...N3 kedua untuk hari ini ialah satu lagi resepi yang saya dapat dari Cikgu Sofea....Resepinya ialah Brownie....ianya simple dan menjadi kesukaan anak2 ku....kalau buat 1 loyang sekejap je selesai...Terimakasih Sofea kerana telah sudi memberi resepi brownie yg simple dan tersangat sedap ini...Ani minta izin kongsi resepinya bersama pengunjung2 blog ani ya sofea....Tq. Bagi sesiapa yg berminat untuk mencubanya, jom kita semak resepinya k....

Bahan-Bahan
120gm tepung gandum
300gm castor sugar
250gm butter
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
100gm cocoa
1/2 cawan almond chop

Cara-Cara
Butter hendaklah dicairkan kemudian masukkan gula castor, telur dan esen vanilla, whisk hingga semuanya sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan cocoa. Whisk lagi hingga rata. Akhir sekali masukkan almond chop. Kacau rata. Lenserkan loyang dengan butter kemudian tuangkan adunan brownie tadi dan bakar sekitar 40-45 minit atau sehingga masak dgn suhu 175C......sesudah masak sejukkan dulu sebelum disapu atasnya dgn ganache atau chocolate cream. Kemudian dipotong dan dihiasi ikut citarasa masing2.

Nasi Goreng Thai


Salam hujung minggu semuanya....hari ini ptg nnt ada jemputan ulang tahun anak seorang teman, anaknya teman anak2 saya jugak lah....sama2 berlatih silat dan taekwondo....jadi hari nie masak Nasi Goreng Thai aje lah... Saya nie mmg minat baik nasi goreng thai ke, mee goreng thai ke, tom yam lah, yg ala2 thai nie lah, oh ya tak lupa dessert mereka yg pulut dgn mangga tu....ishhhh meleleh air liur dibuatnya...Resepi Nasi Goreng Thai nie saya cedok dari blog yatie....kenal tak yatiememories.....yatie saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya....Jom kita semak respinya....

Bahan-Bahannya
2 mangkuk nasi (4 cawan nasi sejuk)
2 biji telur
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 sudu kecil pes tomyam / 1 kiub pati tomyam
1/2 cawan sayur campur/ carrot & kacang panjang dihiris halus
2 sudu makan cili kisar
8 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut - hiris halus
2 sudu besar kicap manis
1 batang serai - dihiris halus
1 sudu lengkuas yang dicincang
10 ekor udang(terpulang nak letak brapa)-nari udang takde stock jadi saya gantikan dgn daging
Hirisan isi ayam
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti goreng telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam secukup rasa.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Thursday, October 7, 2010

Apam Mentega

Salam sejahtera....Lama betul tak bikin Apam...jadi nie semalam bikin Apam lah... Apam Mentega....Apam Mentega nie bukan pertama kali saya cuba sudah beberapa kali bikin dan setiap kali menggunakan resepi yang sama iatu dari blog Secubit Garam...pasal sedap sangat lah makanya saya sentiasa gunakan resepi nie...anak2 saya suka betul lah dgn apam nie... klu ada yg ingin menikmati betapa enaknya Apam Mentega nie, apa lagi cuba lah... jom kita semak resepinya... (A) Bahan- Bahan untuk gula hangus 1 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 250gm mentega (B) 1 cawan gula pasir 4 biji telur 3 cawan tepung gandum ayak bersama 2 sdt soda bikarbonate 1 tin susu cair 1 sudu teh esen vanilla Cara membuat gula hangus: Masukkan gula dlm periuk atau kuali (sebaik-baiknya yg non-stick) masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api dan tuangkan air (tuang pelan2 dan hati2 pasal ianya akan terpercik-percik). Nyalakan api semula dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan. Cara-Cara Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi. Kemudian masukkan susu cair selang selikan dgn tepung. Gaul semua hingga sebati. Perap selama 1/2 jam. Panaskan pengukus dan acuan lompang (saya sapukan acuan dgn sedikit minyak masak). Tuangkan adunan ke dlm acuan, penuh pun takpe sbb semasa masak dia tak akan melimpah. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dgn kitchen towel supaya wap tidak jatuh ke atas kuih.... * Adunan nie jadi byk jugak muai... jadi klu tak ramai boleh cuba 1/2 adunan.....

Pecal Bidan Terjun

Assalamualaikum di hari Jumaat yg mulia kepada semua pengujung2 blog saya....hari ini saya bikin Pecal Bidan Terjun yang resepinya diambil dari Blog Mat Gebu....seperti mat gebu, saya pun menggunakan bahan-bahan mana yang ada kat umah nie je...bila buat pecal nie yang paling penting pesanan dari mat ialah cekur....ya jgn lupa taruk cekur untuk memberikan keenakan yang lebih pada pecal kita....mat izinkan saya C&P resepinya ya....

BAHAN-BAHANNYA ;-)
1 cekak pucuk ubi, celur hingga lembut, toskan (takde saya gantikan dgn merebus ubi gentang)
1/4 biji kobis bulat, potong kasar, cuci dan toskan
1 biji timun, dipotong berbaji
2 keping tauhu, goreng dan potong dadu besar2
8 tangkai kacang panjang, kerat 1 inci.
1/2 biji sengkuang, hiris nipis (takde, saya gantikan dgn merebus telur...apa yg ada je lah)

BAHAN KUAH PECAL :-)
1 1/2 cawan kacang tanah
12 tangkai cili kering, kerat, cuci, tos dan lap kering2
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan2 inci isi cekur, hiris halus.
Jus asam jawa secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK BAHAN PECAL :- Pucuk ubi, diasingkan dari tangkainya, rebus hingga lembut, tos dan biar sejuk, kemudian perah dan potong jika besar. Kobis bulat dicelur sekejap dalam air mendidih bergaram, angkat dan toskan. Celur juga kacang panjang sekejap, angkat dan toskan. Sususn bahan2 pecal dalam bekas sesuai.
2. UNTUK KUAH PECAL :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga keemasan, kisar sederhana halus. Panaskan 3/4 cawan minyak dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga perang, angkat dan toskan. Goreng pula cili kering hingga perang, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak hingga tinggal 2 camca besar dan goreng pula belacan hingga perang. Angkat dan toskan. Masukkan cili, bawang merah, bawang putih, belacan dan cekur dalam mesin pengisar, tuang sedikit air dan kisar halus. Alih dalam bekas, masukkan kacang kisar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kaca rata dan seimbangkan rasa.
3. PENYEDIAAN PECAL :- Susun bahan2 pecal dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan gaul rata. Hidangkan segera.