Salam kepada pengunjung2 blog saya yang dikasihi....Semalam terlanjur membuat eclair untuk tempahan, saya bikin sekali untuk keluarga buat makan petang....anak-anak memang feveret eclair nie....untuk pengetahuan anda semua, ini adalah satu lagi resepi teman karib saya iaitu Puan Sofea....selama ini memang tak pernah saya kongsi resepi eclair ini tetapi hari ini saya akan berkongsi dgn anda semua kerana saya mendapat green light dari sofea sendiri...mudah-mudahan Allah akan melimpahkan lagi rezeki sofea....eclair nie mmg terantuk lah sedap....kalau nak tau rasanya cubalah resepi eclair nie.....
Bahan-Bahan
300 gm tepung gandum
450 gm air
450 gm telur
210 gm butter
1 sdt garam
Cara-Cara
Didihkan air atas dapur. Bila air sudah mendidih, masukkan butter dan garam. Apabila butter sudah cair, tutupkan api dapur dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang rata. Ketepikan dan sejukkan adunan. Bila adunan dah sejuk, masukkan ke dalam mixer dan tuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan adunan ke atas dulang (sizenya ikut citarasa masing2). Sesudah itu bakar dengan suhu 200c selama 20minit atau sehingga masak. Bila sudah sejuk, belah pertengahannya (jgn belah habis,belah sangkut) dan pipekan inti eclair
Bahan-Bahan Untuk Intinya
250 ml air
75 gm tepung custard
1 biji telur
1 tin susu cair
160 gm gula pasir
1 sdm butter
1 sdt esen vanilla
450 gm whip cream
Cara-caranya
Satukan kesemua bahan2 dan didih atas dapur kecuali whip cream. Hendaklah sentiasa dikacau hingga ia menjadi pekat. Bila sudah pekat, tutup api dan ketepikan dan biar sejuk. Sementara itu pukul whip cream dengan mixer sampai gebu. Bila sudah gebu, masukkan adunan custard tadi dan pukul hingga rata.
wow!! nak cuba buat!!
ReplyDeletebuat lah nina...InsyaAllah tidak akan mengecewakan...pas tu jgn lupa feedbak tau :-)
ReplyDeletelama dh nk try buat eclair ni tapi cam x confident jer, nk tanya u guna nozzel ke? yg mana satu ek..?
ReplyDeleteSalam Am,
ReplyDeletecuba lah...mula-mula mmg gitu...saya pun gitu mula2 tak confident tapi setelah pratice beberapa kali Alhamdulillah ok...saya gunakan nozzle..saya dah upload gambar nozzelnya silalah lihat...saya harap ianya dapat membantu :)
sama dengan cara buat cream puff ker?
ReplyDeleteAsalam Mulaikum
ReplyDeleteAlahamdulliah....Eclair Akak buat menjadi...cuma nak picit (dlm piping bag)itu ada sikit tak betul