Friday, July 23, 2010

Mi Kari


Salam sejahtera semuanya dan ketemu kembali....resepi yang akan kongsi bersama untuk makan tengahari ini ialah Mi Kari yang resepi nya terdapat di Majalah Rasa keluaran terbaru tahun ini keluaran bulan Ogos....Sedaplah Mi Kari nie....confirm saya akan masukkan dalam list juadah berbuka untuk bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi...di rumah saya klu bulan puasa jarang2 kami berbuka dengan nasi, jadi 1 bulan tu resepi mi memang laku.....ok marilah saya kongsi sama resepinya disini bagi sesiapa yang tidak memiliki majalah ini....sila lihat dibawah...

Bahan-Bahan
300 gm mi kuning, dicelur ( saya gunakan mi laksa)
30 gm udang kering, dikisar
1 batang serai
2 sudu makan cili boh
1 sudu makan serbuk kunyit
250 ml santan pekat
125 ml air
1/2 ekor ayam, dipotong kecil
50 gm udang
sawi secukupnya
20 gm tauhu, digoreng dan potong kecil2
125 ml minyak masak
5 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah * (* dimayang halus)
garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis udang kering, serai, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Selepas itu masukkan cili boh dan serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ayam, udang sawi dan tauhu. Kacau rata. Selepas itu masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata sehingga pekat dan mendidih.
6. Angkat dan tuangkan ke ats mi. Boleh di hias dengan telur rebus, hirisan kobis, limau kasturi, bawang goreng dan hirisan lada merah dan lada hijau. Sedia dihidangkan dan dinikmati.


2 comments:

  1. sedapnye...saya suka mee kari ni...rajin betul awak masak...

    ReplyDelete
  2. Nur...saya baru 1st time mencubanya dan dah tertarik...sal mmg sedaplah...tapi yang anehnya kan, nama mi nie mi kari tapi dalam resepinya kan takde pakai kari pun...walau macam mana pun mmg best lah....

    ReplyDelete