Salam semua.....terlanjur pagi tadi bikin sambal tumis ikan bilis untuk roti boyan dan masih ada baki lagi jadi untuk makan tengahari mari lah kita masak Dhal Lemak Telur....Dhal Lemak Telur nie sedap klu dimakan dengan sambal tumis.....takyah citer panjang lah pasalkan lagi nonton filem shahrukh khan sambil mengetik nie... mari kita tengok resepinya ya.....
Bahan-Bahan
2 biji telur
Dhal 50sen (direndam selama 1/2 jam)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 hiris halia* (dimesin halus)
1 biji bawang besar dihiris
1 sdt rempah tumis
1 sdt lada serbuk
1/2 sdt kunyit serbuk
santan 1/2 kotak kecil
1 batang carrot (potong ikut citarasa masing2)
2 biji tomato (potong empat)
3 biji ubi gentang (potong empat)
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 tangkai lada kering (dipotong dua)
Cara-Cara
Rebuskan dhal dgn agak2 satu mangkuk air sehingga kembang. Buihnya hendaklah dibuang. Kemudian masukkan bahan2 yg dimesin. Selepas itu masukkan kunyit yg di kacau dgn air. Setelah itu masukkan ubi gentang dan carrot. Bila ubi gentang sudah empuk masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata. Bila sudah mendidih pecahkan telur. Kacau rata kemudian masukkan tomato. Di kuali yg lain tumiskan bawang besar yg dihiris, tempah tumis, kayu manis, lada kering dan daun kari. Bila sudah garing dan kuning masukkan lada serbuk. Kacau rata dan cepat2 tuangkan ke dalam lauk tadi.
No comments:
Post a Comment