Salam semua di pagi Khamis yang indah ini.....bagaimana dengan pagi anda semua???? moga2 seindah pagi saya....waktu tidur tadi terasa sangat kesejukkannya rupa-rupanya hujan lebat, itu yang buat nak tarik selimut lagi hehehehe....mau tak mau bangun jugak lah, soalnya perut dah terasa lapar.....jadi sarapan untuk hari ini kawan2 ialah resepi yang saya cedok dari dapur Hanamemories....simple dan sedap....klu ada nasi balance semalam tu jgn dibuang apa kata pagi buat Jemput-Jemput Nasi haaaaaa.... Hana saya minta izin kongsi resepinya disini k....
Bahan-Bahan
1 cawan nasi
1biji kentang
2 cawan tepung gandum
sedikit air
garam secukup rasa
Cara-Cara
-Nasi diblend dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blend sehingga hancur. Kemudian kentang dipotong dadu kecil-kecil.
-Tuangkan dalam bekas adunan dan campurkan tepung gandum dan kentang. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati, jika terlalu pekat tambah sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput tak perlu tambah air, macam adunan jemput-jemput pisang.
-Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak yang panas dan angkat bila dah perang.
-Sedap dimakan panas-panas bersama cili sos atau begitu sahaja.
hurmmm...nyam nyam...tengah cari juadah makan petang ni. sedap jugak jemput2 nasi yer
ReplyDelete