Wednesday, July 21, 2010

Lompat Tikam


Selamat malam Rabu...... anda semua sudah minum petang ke belum??? kuih yang petang nie saya bikin adalah kuih yang sudah agak lama ingin mencubanya tetapi sering tertunda kerana ada aje benda lain yang nak dibikin tapi memandangkan bila semalam gi ke rumah yatie dan yatie pulak bikin kuih nie... saya pun sudah tergoda dan tak tahan lagi....makanya untuk makan petang hari nie saya pun buat lah Lompat Tikam (aneh ya nama kuih nie).... tapi walau macam mana pun, saya ingin mengucapkan terimakasih kepada yatie dan disini ingin minta izin C&P resepinya k....


Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara-Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya alas plastik je..)
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.



Bahan Lapisan Putih
1 1/2 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan sederhana pekat
1 s/k garam

Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kuIh dan hidangkan dengan air gula merah.


Air Gula Merah
Bahan
1. 1 cawan gula merah
2. 1 cawan gula biasa
3. 2 cawan air
4. 1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara-Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

No comments:

Post a Comment