Sunday, July 25, 2010

Sotong Sumbat Ala Thai, Ikan Masak Asam Bercuka, & Sayur Goreng Puspawangi

Salam hari Minggu semuanya..... maaf ya dah beberapa hari tak sempat nak postkan masakan harian dan makan petang....busy sikit lah... semalam malam ingat nak masukkan N3 pas tu PC pulak buat hal....nie pun barulah bernafas sikit dan barulah dapat masukkan entry2 yang tertunda....k inilah masakkan tengahari semalam yang semuanya saya ambil dari Majalah Rasa tapi dari keluaran tahun yang berbeza....Sotong Sumbat Ala Thai, Ikan Masak Asam Bercuka & Sayur Goreng Puspawangi....saya rasa lebih baik saya tak usah citer panjang, soalanya banyak N3 yang tertunda perlu dimasukkan .....sila layan resepi2 nya dibawah...

Sotong Sumbat Ala Thai

Bahan-Bahan
500 gm sotong
500 gm pulut, siap dikukus ( saya tak pakai)
2 sdm sos cili
2 sdm sos tomato
200 gm gula merah
Garam dan bahan perasa secukupnya
Bahan Kisar
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
50 gm cili kering
Cara Memasak
1. Basuh sotong bersih dan toskan airnya.
2. Sumbatkan pulut kukus ke dalam sotong (nie saya tak buat soalnya saya makan dgn nasi)
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyaknya.
4. Masukkan sotong.
5. Biarkan hingga masak dan perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan.

==============================================================


Ikan Masak Asam Bercuka

Bahan-Bahan
1 ekor ikan, digoreng (jenis ikan terserah citarasa masing2)
100 gm cili merah*
100 gm cili hijau* (* dipotong empat)
60 gm bawang putih, dihiris halus
30 gm cili padi, dibelah dua
100 gm bawang merah, dipotong dua
50 gm halia, dihiris
5 gm biji sawi
140 ml cuka
1 batang serai , diketuk
Air secukupnya Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan cili padi, cili merah, cili hijau, biji sawi dan ikan yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan sedikit air, cuka dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
4. Angkat dan sedia dinikmati.



==============================================================

Sayur Goreng Puspawangi

Bahan-Bahan
50 gm bunga kobis*
50 gm brocolli* (*dipotong)
100 gm asparagus thai ( dipoton seranting ) saya tak pakai
1 cili bangala hijau#
1 cili bangala merah#
1 cili bangala kuning# (# dipotong dadu)
50 gm jagung muda, dipotong 3 bahagian - saya tak pakai
8gm cendawan butang**
80 gm cendawan hitam**
1 btg lobak merah**
50 gm bawang merah**
50 gm bawang putih** (**dihiris)
40 gm sos tiram
5 gm serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak
1 . Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong sehingga setengah masak dan masukkan ke dalam air sejuk (dgn ais) bagi mengekalkan warna sayur.
2.Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
4. Masukkan sayur-sayuran yang telah ditoskan tadi. Kacau sebentar.
5. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment