Salam dan selamat tengahari semua....hari ini kami sekeluarga makan mi untuk lunch...Mihun Sup Utara....sedapkan sekali2 makan mi sup, hirup2 supnya...resepi saya dapat ketika membaca Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2010....bagi sesiapa yang tidak mempuyai Majalah Rasa ini, bolehlah melihat resepinya disini....
Bahan Mihun
1 paket bihun, rendamkan beberapa jam
2 sudu makan serbuk kunyit
Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda, dipotong besar
300 gm perut (takde stok saya gantikan dengan bebola ikan)
1 bungkus rempah bunjut
5cm halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah* (*dihiris)
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
2.5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air secukupnya
Bahan Hiasan
Daun sup dan daun bawang secukupnya, dihiris
bawang goreng secukupnya
cili merah secukupnya, dihiris
4 biji limau kasturi, dibelah dua
Bahan Sambal Merah
100 gm cili kering*
100 gm bawang merah*
3 ulas bawang putih* (*dikisar)
1 biji bawang besar, dimayang
3 sdm tomato sos
3 sdm cili sos
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis
Cara Memasak
1. Ddihkan air di dalam periuk. Masukkan daging dan kesemua bahan kuah. Biarkan daging betul-betul lembut. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa.
2. Keluarkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
3. Celurkan mihun yang telah direndam serbuk kunyit dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan masukkan kuah.
5. Hidangkan bersama sambal merah.
6.Untuk membuat sambal merah, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
7. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata sampai sampai naik minyak.
8. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.
No comments:
Post a Comment