Salam & selamat malam semua..... N3 terakhir untuk hari ini ialah atas permintaan anak bongsu saya Fareeq....petang tadi die blg... ibu fareeq nak makan tu, die tunjuk saya gambar puding roti marble nie lah.... fareeq mmg suka puding roti marble nie....bila bikin puding nie skejap2 nnt buka fridge ambil puding nie lah yg telah siap dipotong dan ku masukkan dalam fridge sal makan sejuk2 sedapkan.... mood mmg ada hari nie....jadi bila dengar die nak makan, jadi apalagi saya pun bikin lah soalnya barang2 pun ada dan tidaklah begitu susah membuatnya.... resepi ini dulu saya dapatkan dari blog Hanamemories.... Terimakasih hana.... saya minta izin C&P resepinya disini ya....
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko atau choc emulco. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding atau agar2 nie mudah sejuk atau membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.
No comments:
Post a Comment