Selamat tengahari ya...Hari nie selapas menyiapkan kuih-muih tempahan ayam menjadi pilihan menu hari ini. Rumah nie kalau masak ayam laju sikit, kalau masak ikan lemah saja anak2.....Jadi menu hari ini ialah Ayam Masak Santan Berlada....Resepi ini saya dapat di dalam Majalah Rasa...Keistimewaan resepi ini ialah rasanya pedas dan berlemak.... klu ada yang nak masak resepi nie, silakan resepinya ada dibawah.....
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
500 ml santan
2 helai daun kunyit
1 sudu serbuk kunyit
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bahan Tumis:
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan Kisar:
250 gm cili kering
100 gm bawang besar
50 gm bawang putih
50 gm halia
50 gm serai
1 inci lengkuas
8 biji buah keras
Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Biarkan hingga naik baunya.
2. Apabila naik baunya masukkan bahan kisar dan biarkan masak hingga garing.
3. Masukkan santan, ayam, daun kunyit dan juga serbuk kunyit. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa secukupnya.
5. Biarkan kuah mendidih dan angkat setelah kuah benar-benar pekat.
No comments:
Post a Comment