Thursday, June 23, 2011

Marble Cake


Selamat pagi dan salam sejahtera semua... Mungkin anda semua hairankan pagi2 hari lagi saya sudah bake cake... bukan ape ibu saya kan baru dicharge dari hospital jadi bake cake lah sikit klu2 ada yg menziarah ibu atleast ada benda yg hendak dihidangkan... Marble Cake ini adalah resepi ulang tayang yg resepinya saya ambil dari blog CMG... semenjak mencuba resepi Marble Cake Che Mat,setiap kali klu bikin Marble Cake selalu menggunakan resepi Che Mat melainkan klu saya mau mencuba resepi marble cake yg baru atau lain...

BAHAN-BAHANNNYA :
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu cair)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco


CARA MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Saturday, June 11, 2011

Ketam Masak Cili


Selamat petang Sabtu dan apa khabar semuanya...nie bukan apa nak share apa yang dimasak untuk lunch tadi... Pagi tadi hubby dan anak bongsu saya pegi ke supermarket yang dekat dgn rumah saya ( Sheng Siong), hubby ternampak ketam dan harganya pula berpatutan, jadi apa lagi dibelinya lah dibawa pulang dan maka ianya menjadi lauk lunch kami iaitu Ketam Masak Cili...

Bahan-Bahan
1 1/2 kg Ketam
Lada serbuk secukupnya
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
1 biji bawang besar *
2 biji bawang putih *
halia sebesar Ibu jari * (* dihaluskan)
1 mangkuk lada kisar
sedikit air asam
cili sos dan tomato sos secukup rasa
1 sudu makan kicap manis
1 mangkuk kaldu ayam
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara
- Gaulkan Ketam dgn lada serbuk, garam, serbuk perasa dan tepung jagung. Gaul sampai rata. Kemudian pecahkan 1 biji telur kacau hingga sebati lalu digoreng sampai setengah masak.
- Tumiskan bahan2 yang dihaluskan sampai wangi seterusnya masukkan lada kisar, air asam dan kaldu ayam. Setelah garing masukkan cili sos, tomato sos, kicap manis, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan Ketam yang telah digoreng setengah masak tadi. Gaul sampai agak kering sedikit dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, June 9, 2011

Death By Chocolate Cake



Selamat tengahari semuannya...nie bukan nak tayang masakkan untuk lunch tapi nak tayang apa yang sempat di bake tadi pagi... Tadi pagi bake cake, Death By Chocolate Cake yang resepinya saya lupa lah saya ambil dari blog siapa tapi besar kemungkinan dari blog tiffinbiru... Hari ini tak masak untuk lunch sal saya gi antar anak2 gi training dan akan balik lewat malam, makan luar lah nampak gayanya...berbalik pada resepi cake nie, siapa pun yang punya resepi nie saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih...sedap u cake nie... Cubalah :-)

Bahan-Bahannya
1 cawan mentega cair
3 biji telur grade A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate* (*disatukan)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Cara-Cara
1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata, masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
2. Masukkan bahan2 yang telah disatukan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata kemudian tuangkan kedalam loyang.
3. Bakar pada suhu 175C selama 50minit hingga 1jam atau masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Wednesday, June 8, 2011

Nasi Minyak Halia


Selamat tengahari semuanya...anda semua sudah lunch ke belum??? Hari ini, ingin mencuba bikin Nasi Minyak Halia untuk lunch yg resepinya saya ambil dari tak lain dan tak bukan dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun yg baru dibeli yg maunya semua dicuba...disini ada saya sertakan resepinya sekali...Nasi Minyak Halia ini ringkas dan mudah disediakan dgn bahan asasnya hanya minyak sapi dan beberapa ramuan... Sedap lah Nasi Minyak Halia nie lagi pulak digandingkan dgn ayam masak merah....hmmmm tak boleh nak cakap lagi lah...

Bahan-Bahan
1.2kg beras Basmathi (basuh dan ditoskan)
1.5 liter air
250ml susu cair
2 sudu makan serbuk pati ayam
250gm minyak sapi
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm bunga cengkih
3 gm buah pelaga
150 gm halia, dihiris
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih bersama bawang merah dan halia hingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan kacau seketika hingga berbau harum.
3. Masukkan susu cair bersama beras dan biarkan nasi ditanak hingga kering.
4. Akhir sekali taburkan hirisan halia ke atas nasi apabila dihidangkan.

MAAF

Kepada semua teman2 blogger, saya ingin mohon maaf kerana saya tidak dapat reply comment2 di blog saya... tak tau kenapa apa masaalahnya...haiiizzzz mungkin ada yang di luar sana boleh membantu...soalnya saya nie pun bukannya pandai sangat dalam IT nie...sekali lagi maaf ya... saya sangat hargai comment anda semua...

Chocolate Rice Cake


Selamat petang dan Salam sejahtera semua...untuk makan petang hari nie kita bake cake ok...kita bake Chocolate Rice Cake yang resepinya saya ambil dari blog Kak Ummi Home Sweet Home...terimakasih Kak Ummi, saya minta izin C&P resepinya di blog saya ya :) sedapppp cake nie, bagi sesiapa yg ingin mencuba, cubalah... Celup dgn teh 'o' atau teh susu hangat2 ooiiiii power tu ;-)

Bahan-Bahan
200gm butter
200gm gula
4 biji telur
200gm tepung penaik
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
100gm coklat rice

Cara Menyediakan
1) Panaskan oven 170C.
2) Pukul semua bahan kecuali coklat rice sehingga gebu (dalam 5 minit dengan kelajuan tinggi)
3) Masukkan coklat rice, Gaul perlahan.
4) Bakar dalam acaun yang dilengser dgn butter, bakar selama 45 (ikut oven memasing).

Saturday, June 4, 2011

Puding Delima Mekar


Selamat petang semuanya... Petang nie bikin puding je lah, Puding Delima Mekar yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011... Maklumlah baru beli Majalah nie jadi macam semuanya nak cuba...puding nie manis, menyelerakan dan sedap ditekak bila makan sejuk2 dari peti ais...cuba lah :)

Bahan-Bahan
35gm serbuk agar-agar
700ml air
300ml susu cair
200gm gula
1 sudu teh esen strawberi
1/2 sudu teh pewarna merah jambu

Cara Memasak
1. Didihkan air bersama susu cair dan gula hingga hancur dan sebati.
2. Masukkan pewarna dan esen lalu dikacau rata.
3. Kemudian masukkan agar-agar dan kacau hingga sebati.
4. Tapis dan tuangkan ke acuan pilihan. Biarkan hingga sejuk dan mengeras.

Friday, June 3, 2011

Pulut Pandan Kelapa




Selamat pagi sabtu semuanya...dah bersarapan pagi semuanya??? Hari ini saya sekeluarga bersarapan Pulut Pandan Kelapa yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011... Mengikut info dari chefnya Pulut Pandan Kelapa ni enak dinikmati bersama sirap gula melaka...boleh dikatakan kuih ni alah-alah kuih lopes gitu.. Resepinya ada saya sertakan dibawah bagi sesiapa yang ingin mencuba...

Bahan-Bahan
1kg beras pulut
1/2 biji kelapa parut (putih, yg dibuang kulit)
5 helai daun pandan, dikisar dan diambil airnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak jagung secukupnya

Cara Memasak
1. Rendamkan beras pulut bersama air pandan selama sejam.
2. Kemudian toskan pulut tadi dan kukus bersama garam serta gula secukupnya.
3. Apabila sudah masak, bolehlah dibentuk mengikut kreativiti anda.
4. Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam pada pulut tadi (selalunya kelapa parut saya kukus dulu sekejap sebelum digaulkan dgn garam). Sedia untuk dihidangkan.

P.S. - Pulut Pandan Kelapa ini enak dinikmati bersama sirap gula melaka.

Sago Gula Melaka Manisan Kalbu


Selamat petang dan Salam sejahtera semuanya... Petang nie saya bikin sejenis pencuci mulut yang saya ambil resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011 yang mengikut info dari chefnya Sago Melaka Manisan Kalbu ini ialah pencuci mulut yang popular di dalam hidangan pengantin... Ada sesiapa yang ingin mencubanya, silakan lah resepinya agak mudah :)

Bahan-Bahan
200gm biji sago
200gm gula melaka
260gm santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara Memasak
1. Masak sago dengan air mendidih sehingga jernih. Setelah siap, angkat dan cuci sehingga hilang kanjinya. Masukkan sago kedalam acuan yang diingini.
2. Santan pekat dimasak dengan sehelai daun pandan bersama sedikit garam.
3. Gula melaka di masak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
4. Untuk menghidang, sago yang telah sejuk di letakkan kedalam mangkuk dessert dan dituangkan santan sejuk ke atasnya, diikuti dengan sirap gula melaka.