Selamat pagi Isnin semuanya.....bermula kita dgn minggu yg baru lagi.... begitu pantas masa berjalan....pagi Isnin nie untuk sarapan pagi saya bikin Bubur Kacang Hijau & Durian.... kat umah nie kan, 1 family semuanya hantu durian, tapi saya dah slow down sikitlah maklumlah nak cuba menurunkan berat badan jadi jaga makan sikit :-( Saya rasa ramai yg tau masak bubur kacang kan, tapi tak mengapalah akan saya postkan resepinya bagi sesiapa yg memerlukan...resepinya ialah.....
Bahan-Bahan
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
beberapa ulas isi durian
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Kacang hijau dibersihkan. Rebus hingga separuh empuk.
2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan. Masak hingga kacang hijau empuk.
3. Kemudian masukkan santan dan durian. Masak lagi hingga mendidih. Bila sudah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Syukur, alhamdulliah.. akhirnya.. jumpa juga resepi yg sesuai dgn citarasa sy... gambar jelas..dan cara2 memasak juga senang... hehe. Terima kasih
ReplyDeletealhamdulillah kerana ianya bersesuaian dgn citarasa Norah...Senang sgt2 hati saya mendengarnya :-)
ReplyDelete