Sunday, July 25, 2010

Acar Telur Puyuh, Sup Sayur & Kangkung Belacan

Salam semua....apa khabar??? saya harap semuanya dalam keadaan baik2.... saya sebenarnya lagi stress nie soalnya PC bikin hal.....nak edit meragam, nak save meragam....ishhhh entahlah stress3....tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk masukkan entry2 saya, cuma kadang-kadang terlambatlah sebab nak kena cari alternative.....macam resepi di bawah nie lah, sebenarnya adalah masakan2 lunch semalam....lama betul nak menunggu, jadi gambar pun masukkan 1 gambar je setiap resepi....resepinya saya dapat dari Majalah Rasa....semoga ianya dapat menepati citarasa pengunjung2 blog saya......


Acar Telur Puyuh

Bahan-Bahan
10 biji telur puyuh, direbus dan dibuang kulit
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
20 gm udang kering* (*dikisar)
20 gm cili kisar
20 gm sos cili
10gm cuka
250 gm buah-buahan campuran (tak pakai)
10 gm bijan, digoreng tanpa minyak
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama dengan sos cili dan cuka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan buah-buahan campuran dan gaul mesra (yg ini saya tak gunakan)
3.Masukkan pula telur puyuh dan kecilkan api. Biarkan selama 30 minit dan kacau perlahan-lahan.
4. Tambah perasa dan bijan. Sedia untuk dinikmati.
==============================================================



Sup Sayur

Bahan-Bahan
50 gm lobak merah, dihiris nipis bilat
80 gm cendawan tiram, direndam dan dipotong kecil (takde stok saya gunakan cendawan butang)
1 packet jagung muda, dipotong serong (tak pakai sal anak2 tak suka)
80 gm bebola ikan, dibelah dua (takde stok jadi saya gantikan dgn ayam)
1 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih* (dimayang halus)
garam secukup rasa
bahan perasa secukupnya
air secukupnya

Hiasan
Bawang goreng dan daun sup secukupnya

Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk tumis bawang yang dimayang halus tadi sehingga kekuning-kuningan.
2. Masukkan air, lobak merah dan jagung muda. Biarkan ia empuk seketika.
3. Selepas itu masukkan cendawan tiram (cendawan butang) dan bebola ikan (ayam). Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bahan perasa dan garam secukup rasa. Kacau.
5. Angkat dan hidangkan ketika ia masih panas.

==============================================================


Kangkung Belacan

Bahan-Bahan
300 gm kangkung
30 gm belacan*
20 tangkai cili padi* (resepi asal tak pakai)
2 sudu makan udang kering*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(dikisar)
minyak untuk menumis

Cara Memasaknya
1. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan kangkung, kacau sekejap dan angkat

3 comments:

  1. kak,bila mak letak belacan?

    ReplyDelete
  2. bila nak letak belacan? nak kene bakar tak?

    ReplyDelete
  3. maafnya lambat reply...soalnya semalam 1 hari tak pegang pc...anak kakak yg bongsu tu tak sihat.... bila nak letak belacan, kakak tu blend skali belacan dengan bahan2 yg perlu dikisar dan belacannya kakak tak bakar....

    ReplyDelete