Thursday, September 30, 2010

Sup Tahu Lembik Dan Sambal Tumis Telur

Salam Jumaat semua....sudah lunch ke??? Hari ini saya masak simple je.... dah beberapa minggu asyik ayam, daging atau seafood...hari nie tekak nie mcm teringin pulak nak makan Sup Tahu Lembik Dan Sambal Tumis Telur....resepi ni mmg resepi keluarga...skali2 makan mcm gini kena pulak dgn nasi putih panas2, nasi 2 pinggan pun boleh habis hehehe lagi2 klu ada ikan kering...ikan sepat atau ikan gelama goreng ke...klu tak dgn sambal tumis dgn sambal belacan pun power ishhh ishhh ishhhh....Marilah sama2 semak resepi dibawah ya....

Sup Tahu Lembik

Bahan-Bahannya:
2 bungkus tahu lembik
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 batang lada merah*
segenggam udang kering(direndam sebentar)*
(yang bertanda * semuanya diblend)
garam dan serbuk perasa secukupnya
beberapa tangkai daun sup dan daun bawang-dipotong sebesar 1 inci
sedikit air

Cara-Caranya:
Panaskan 1 senduk minyak, kemudian tumiskan bahan2 yang diblend. Sesudah garing dan wangi, masukkan garam, serbuk perasa dan tuangkan air secukupnya. Akhir sekali masukkan tahu lembik. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan daun sup daun bawang....siap untuk dihidangkan bersama nasi putih, ikan goreng, sambal belacan atau dgn sambal tumis like me today hehehehehe

Sambal Tumis Telur

Bahan-bahannya:
telur (tergantung pada masing2 nak brapa byk, direbus dan dibuang kulitnya)
1 mangkuk lada kering*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan* (di mesin)
sedikit air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Caranya:
Panaskan 1 senduk minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga kering dan wangi. Masukkan air asam, garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan telur yang telah direbus. Kacau rata dan kemudian tutup api.

Tuesday, September 28, 2010

Kurma Ayam

Salam sejahtera semuanya....minta maaflah ya semua...baru rehat raya pas tu rehat lagi...kali ini bukan apa, rehat untuk ulangtahun hari perkahwinan saya yang ke 18 tahun...Alhamdulillah saya dan hubby had a wonderful weekend gateway at Batam on the 25-26 sep 2010...Thks hubby...Semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke ahkir hayat mudah-mudahan hingga ke syurga hendaknya Amin....K alamak cerita panjang pulak nie...berbalik pada masakan hari ini...hari ini saya masak Kurma Ayam...resepinya saya ambil dari blog Bro Rozzan...tapi resepi bro rozzan gunakan daging, saya gunakan ayam sal anak2 suka sanngat dgn ayam...Bro Rozzan saya minta izin C&P resepinya ya....thks

Kurma Ayam
(Bro pakai daging saya gantikan dgn ayam)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong berapa ikut citarasa masing2)

Rempah Kisar
2 biji bawang besar (saiz besar) }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia }….(kesemua bahan dikisar)
6 sudu besar (bumbung) rempah kurma -saya gunakan jenama BABAS
(dicampur dgn bahan kisar)

3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
3 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar

2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi

Cara:
1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.
2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.
3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.

Wednesday, September 22, 2010

Telur Masala


Salam semua dan apa khabar....semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera...rasa-rasanya lama jugak berehat, tak update blog, tak masukkan entry....maklumlah beraya lah katakan :-).... Nah hari nie saya masak Telur Masalah yang resepi saya ambil dari blog home sweet home....mmg sedaplah telur masalah nie, suka saya terutama bila dalam fridge tu dah tak ada stock maka telur lah yang menjadi mangsa hehehehe...tapi mmg sesungguhnya sedap lah, thks kak ummi....klu anda tak percaya cubalah...Kak ummi saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya....

Bahan-bahan:
6 biji telur rebus - digoreng sehingga kuning emas
4 biji bawang besar - dihiris bulat
1 cawan susu cair
2 tangkai daun kari
1cm kulit kayu manis
3 kuntuk bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:-
1 cawan air
2cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara Memasak:-
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis, daun kari dan bunga cengkih sehingga naik bau.
Masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak. Tuangkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian barulah dimasukkan telur goreng tadi bersama dengan bawang besar. Kacau sehingga sebati. Hidangkan bersama2 dengan nasi putih.

Thursday, September 16, 2010

Daging Rendang Tok Basah Dan Lemang Instant

Salam tengahari semua....sudah lunch ke belum??? Hari ini off pas tu cuti 3 hari, nak bawa anak2 berjalan raya pada hujung minggu soalnya klu hari biasa susah sikit sal anak2 semua sekolah balik sekolah dah kul brapa pas tu pulak besoknya sekolah jadi hujung minggu saja lah, jadi terpaksa lah saya ambil cuti.... N3 hari ini ialah apa yang dimasak semalam iaitu Daging Rendang Tok Basah Dan Lemang Instant.... Resepi Daging Rendang Tok Basah nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010... Sedaplah rendang nie klu ada yang mahu mencubanya silakan.....
Bahan-Bahan A
1 kg daging batang pinang, dipotong ikut citarasa masing2
4 biji bawng besar, dihiris
125 ml kicap lemak manis
4 sdm rempah rendang
2 sdm kerisik
Bahan-Bahan B
1 biji bawang besar, dihiris
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan
2 labu bawang puih*
5 cm halia muda* (*dikisar)
125 ml cili kering yang dikisar
Garam secukup rasa
125 minyak masak
250 ml santan
Cara-Caranya
1. Daging di potong kiub saaiz 2.5cm atau ikut citarasa masing2. Gaul semua bahan A dan biarkan diperap hingga 45 minit.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, daun pandan dan serai hingga kekuning-kuningan.
3. Selepas itu masukkan bawang putih dan halia. Kacau rata sehingga mendidih.
4. Masukkan cili kisar. Kacau perlahan-lahan hingga pecah minyak.
5. Selepas itu masukkan daging perap tadi, balik-balikkan sampai rata, masukkan santan dan kacau rata. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana kecil selama 3 jam.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
7. Jika sudah cukp lembut bolehlah tutup api dan hidangkan.
8. Semalam saya hidangkan dengan Lemang Instant (jenama Nona). Senang aje, rebus ikut peraturan atau hingga masak....Selamat mencuba :)

Wednesday, September 15, 2010

Kek Semolina Atau Kek Suji

Salam sejahtera semua.... Hari ini 6 Syawal....sudah 6 hari kita menyambut hari raya Aidilfitri....Hari ini baking lagi....Nari bake Kek Semolina atau jugak dikenali sebagai Kek Suji....Kek suji nie is 1 of my feveret kek selain dari kek marble dan chocolate kek..Tapi kan kek semolina/kek suji ni memang sedap, lembap dan ada rasa macam kekacang sikit, mungkin sebab suji yang digunakan. Seperti kek marble, kek semolina jugak bukan pertama kali dibikin, sudah banyak kali menggunakan resepi ini ...Resepinya ialah blog tiffinbiru...tq Mat..oh ya ada satu pesanan dari CMG, penggunaan mentega berkualiti tinggi akan memberi hasil yang berbeza dari guna mentega 'biasa2'....jadi gunakanlah mentega yg berkualiti tinggi untuk hasil yang enak lor...saya selalu gunakan mentega cap tong....tapi hari ini kan untuk penggunaan madunya, saya menggunakan madu yang berlainan dari yang selalu saya pakai which i don't really like it pasal bila dah masak u really boleh rasa the taste of the madu dan the smell of madu is still there....but overall seperti selalu kek semolina/kek suji nie tetap sedapppppp so Mat saya minta izin C&P resepinya ok tq..

BAHAN-BAHANNYA :
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Tuesday, September 14, 2010

Kek Marble

Salam semua...nie tengahari tadi bikin Kek Marble.... resepi kek marble nie dah banyak kali saya bikin....sungguh lah lembut tak terkata....resepinya ialah dari blog tiffinbiru... tq CMG... seperti biasa saya minta izin C&P resepinya ya Mat.....

BAHAN-BAHANNNYA :
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu cair)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Nasi Beriani Batu Pahat, Dalca Dan Ayam Masak Merah

Assalamualaikum semua....gimana sambutan hari raya nya...wow rasa sudah 5 hari saya tidak membuka blog dan masukkan N3, eh tidak2 semalam ada buka blog sebentar dan memasukkan N3 ucapan salam lebaran.....Nie hari ini ingin saya kongsi bersama apa yang dimasak hari ini iaitu Nasi Beriani Batu Pahat, Dalca dan Ayam Masak Merah...Resepi untuk Nasi Beriani Batu Pahat tu saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010, resepi dalca pulak dari blog Bro Rozzan dan Ayam Masak Merah pula dari blog CMG.....Bro Rozzan & Che Mat Gebu, saya mintak izin C&P resepinya.....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin....

Nasi Beriani Batu Pahat




Bahan-Bahan
1 Kg beras Mongol (saya gunakan beras Basmathi)
4 liter air
5 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
65 ml susu cair
2 sdt garam atau secukupnya
20 gm kismis *
20 gm bawang goreng * (* untuk hiasan)
250 minyak sapi
1 sdt pewarna kuning

Bahan-Bahan yang saya tambah

2 sdm rempah beriani

2 biji bawang besar, dihiris

1 helai daun pandan

1 batang serai, diketuk

1 labu bawang putih*

5 cm halia muda* (*dikisar)

100 gm badam, dikisar halus

minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2. Sediakan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga.
4. Setelah itu, masukkan beras dan kacau rata.
5. Kemudian angkat beras tadi dan toskan airnya.
6. Letakkan satu sudu minyak sapi di dalam peruik dan ratakan disekeliling permukaan periuk.
7. Masukkan beras yang ditoskan tdi bersama susu cair. Kacau rata dan biarkan hingga nasi masak.
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis di dalamnya.
9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan apinya. Biarkan hingga nasi masak.

Cara saya memasaknya

1. Panaskan minyak sapi secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila air di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan (saya bila sudah sampai sini saya masukkan ke dalam periuk nasi eletric klu tidak pun takpe).
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis didalamnya. 9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan api. Biarkan hingga nasi masak.

==============================================================


Dalca


Bahan-Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
3 batang lada hijau
3 senduk minyak masak

Rempah Campak
4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )

1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.
2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.



==============================================================


Ayam Masak Merah


Bahan-Bahannya:
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

Monday, September 13, 2010

Salam Eid Mubarak 1431H

LISAN kadang-kadang terkasar,
JANJI kadang-kadang terabai,
HATI kadang-kadang berprasangka buruk,
SIKAP kadang-kadang menyakitkan,
Namun......Hidup ini indah kerana masih ada peluang memohon kemaafan di bulan Syawal yang mulia ini. Jari ku susun memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa, tersilap bicara, perbuatan yang menyinggungkan perasaan samada dengan secara sengaja atau tidak....dan halalkan makan minum dunia dan akhirat....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, TERUTAMA SAUDARA-MARA, TEMAN-TEMAN SEKOLAH, TEMAN-TEMAN SEKERJA, TEMAN-TEMAN FB & BLOG DAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI SAYA......

*******************************EID MUBARAK 1431H********************************


DARI SAYA, NORAINI & KELUARGA

Wednesday, September 8, 2010

Biskut Badam Berhias

Biskut Badam Berhias adalah kuih yang ke lima belas dan yang terakhir saya bikin untuk tahun ini...Resepinya ialah dari buku masakan Biskut Pilihan 3....klu nak lihat resepinya lihatlah ada saya sertakan dibawah...sesudah ini oven officially close sementara untuk biskut raya, hanya nnt InsyaAllah tinggal nak bake cake saja....

Bahan-Bahannya
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm badam kisar
350 gm tepung gandum
2 biji kuning telur - untuk disapu pada biskut
hirisan badam secukupnya untu hiasan

Cara-Cara
Mentega dan gula aising dikacau rata. Masukkan tepung dan gaul bersama hingga sebati. Masukkan badam kisar lalu diuli hingga menjadi adunan elok lembut. Terapkan dengan acuan berbentuk hati dan sapu kuning telur diatasnya. Susun kepingan badam dan bakr sehingga kuning keemasan.

Biskut Kelapa Delima


Tu terlanjur ada stock kelapa kering, jadi untuk kuih yang ke empat belas saya bikin Biskut Kelapa Delima yang resepinya saya ceduk dari blog tiffinbiru...Mat nie adalah resepi biskut yang terakhir dari Mat saya gunakan...klu ikutkan hati mmg banyak lagi yang saya nak cuba...tapi cukuplah soalnya dah banyak juga nie dan ada satu lagi tu....izinkan C&P resepinya ya Mat...

BAHAN-BAHANNYA :
225 g tepung jagung (cornstarch)'Brown & Polson'*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.

Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Biskut Cornflakes Lemak


Masih dengan Biskut raya....ini adalah yang ke tiga belas....dari blog tiffinbiru iaitu Biskut Cornflakes Lemak...terimakasih Mat banyak resepi biskut2 Mat yang saya gunakan tahun nie...Mat izinkan saya C&P resepinya ok....

BAHAN-BAHANNYA :
140 gram mentega berkualiti tinggi
180 gram tepung gandum*
100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
65 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN HIASAN :
1 kuning telur, untuk disapu
Gula manik warna-warni untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Biskut Chocolate Rice


Kuih yang ke dua belas adalah dari buku masakan Biskut Pilihan 3 iaitu Biskut Chocolate Rice...Sama-samalah kita semak resepinya...Jom

Bahan-Bahannya
125 mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanilla
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
2 sdm koko
2 sdt susu
Chocolate Rice untuk hiasan

Cara-Cara
Mentega dan gula aising dipukul hingga kembang. Bubuh tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau biar sebati lalu masukkan susu dan koko. Bila adunan elok lembut, terapkan dengan acuan mengikut kesukaan anda dan bakarlah hingga masak. Setelah sejuk sapukan sedikit bancuhan cokelat atau krim mentega dan taburkan chocolate rice ( saya sesudah terap apa yang saya buat ialah saya sapukan kuning telur dan langsung taburkan chocolate rice dan kemudian bakar)

Biskut Dahlia


Biskut Dahlia nie biskut orang2 lama nie.... maksudnya klu sebut biskut dahlia, datuk dan nenek kita mesti tau punya... Biskut lama tapi rasanya wonderful....sebenarnya ini adalah kali pertama saya bikin biskut dahlia nie iaitu biskut yang kesebelas yang saya bikin...Resepinya....dari CMG..thks Mat...seperti biasa saya minta izin C&P resepi u kat sini ya Che Mat...

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Chocolate Chip


Biskut Chocolate Chip adalah kuih yang kesepuluh saya bikin...resepi biskut nie adalah dari salah satu buku masakan...dah lama saya beli buku masakan nie, saya beli ketika saya di bangku sekolah lagi...Nama bukunya ialah Biskut Pilihan 3....disini ada saya sertakan resepinya....

Bahan-Bahannya
125 gm mentega
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan gula merah
1/2 sdt esen vanilla
1 biji telur
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sdt garam (saya tak gunakan)
125 gm chocolate chips
60 gm walnut

Cara-cara
Putar mentega dengan gula serta esen vanilla hingga putih. Kemudian masukkan telur dan kacau hingga rata. Kemudian masukkan tepung serta garam, juga chocolate chips dan walnut sambil dikacau hingga rata. Ambil adunan kemudian bentukkan seperti guli dan susunkan di dalam dulang pembakar yang sudah disapukan dengan mentega. Sesudah itu bolehla dibakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah C selama 12 minit.

Kuih Makmur

Kuih kesembilan nak tau kuih ape....haaaa kuih nie dan kuih tat ialah kuih wajib, seperti kuih tat kuih nie pun macam mana mesti nak bikin sendiri....Kuih yang saya maksudkan ialah Kuih Makmur....Kuih Makmur dan Kuih Tat adalah kuih feveret keluarga ku...saya klu bikin kuih makmur nie suka bikin warna hijau....resepi kuih makmur nie adalah resepi keluarga dan ingin saya kongsinya bersama anda semua....sudi tengok2 resepinya dibawah....

Bahan-Bahannya
600 gm tepung gandum
600 gm kacang tanah (digoreng dan dikisar kasar2)
2 biji telur
2 bungkus butter cap tong
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna hijau
gula halus untuk ditaburkan diatas kuih yg sudah dibakar nnt

Cara-Cara
Butter dipukul hingga putih. Kemudian masukkan telur, pukul hingga sebati. Setelah itu masukkan esen vanilla, kacau rata diikuti pula dengan tepung gandum sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan pewarna hijau. Uli sehingga rata dan menjadi doh yang lembut. Terap bulat2, sizenya ikut citarasa masing2. Kemudian isikan inti kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar kasar dan kemudian bentukkan seperti bentuk daun sepit atasnya seperti daun. Bakar dengan suhu 170-180C selama 14-20 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan taburkan gula halus diatasnya...

Biskut Suji Salju


Kuih yang kelapan ialah Biskut Suji Salju....ishhhhh sedap u biskut nie, betul tak bohong lagi puasa2 nie mana boleh bohong kan...klu tak caya cubalah bikin....mmg tak boleh dinafikanlah sedaaaaaaaaaaappp.....resepinya tak lain dan tak bukan dari blog tiffinbiru ler....Che Mat hamba minta izin cut & paste resepinya di blog hamba ya....nie confirm jap je abis (di habiskan oleh tuan rumahnya hehehehe)

BAHAN A :
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor (mat guna gula aising)
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN B :
100 cornflakes, dikisar halus (mat guna'Nestum')
100 g tepung jagung
50 g suji (semolina)

BAHAN C :
280 g tepung gandum
Susu tepung secukupnya (mat guna susu 'everyday')

CARA MEMBUATNYA :

Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.

Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Biskut Badam Rangup


Satu lagi resepi dari CMG untuk kuih ku yang ketujuh iaitu Biskut Badam Rangup....Mat sekalung terimakasih saya ucapkan Mat, tahun nie biskut2 raya saya penuh dari resepi dari Mat :-) sekali lagi (bukan sekali lagi lah berkali-kali hehehehe) saya minta izin C&P resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)

Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Biskut Bintang Kejora


Kuih saya yang keenam adalah juga dari blog tiffinbiru... sebenarnya kan bila saya ternampak je kan biskut nie kat blog CMG saya terus terpikat dan pasti ingin mencubanya kerana Biskut Bintang Kejora nie menggunakan cereal honeystar dan cereal honeystar nie adalah feveret my boy yang bongsu tu....tiap2 hari klu anda semua nak tau apa yang die makan untuk sahur, itulah die honeystar itu lah saja tiap2 hari...terimakasih mat dan die suka biskut nie dan ianya pasti akan menjadi tarikkan kanak2.... Saya minta izin C&P resepinya kat sini ya...thks Mat

BAHAN-BAHANNYA :
110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :
Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :

Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua...

Irish Cookies


Kuih kelima untuk jamuan tetamuku di hari raya tahun ini ialah Irish Cookies....Resepi ini saya ambil dari blog tiffinbiru....terimakasih Mat Gebu....tahun nie kan kebanyakan kuih raya ku adalah resepi yg ku ambil dari CMG...sekali lagi thks Mat....saya minta izin C&P resepinya ya....

Bahan A:-
180 g mentega
20 g shortening (lemak sayur)
130 g gula halus
1 kuning telur
1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla)
1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)

Bahan B:-
200 g tepung gandum
100 g tepung sagu ubi
1/2 camca teh serbuk penaik
40 g nestum, dikisar halus

Bahan Hiasan:-
Kuning telur untuk sapuan
Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-

Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Kuih Tat


Salam semua...Kuih yang keempat ialah Kuih Tat....tis is my feveret....biskut2 yg lain boleh dibeli tapi klu kuih tat macam mana pun mesti nak bikin sendiri....resepi kuih tat nie adalah resepi keluarga, turun-temurun hehehehe....akan saya kongsi bersama anda semua k, manalah tau kot kot ada yang sudi atau ingin mencubanya.....inilah resepi kuih tat nya.....

Bahan-Bahannya
1200 gm tepung gandum
1/2 cawan gula icing
3 biji tlur (2 kuning, 1 kuning & puith)
2 1/2 packet butter cap tong (yg 1 packet beratnya 250 gm)
1 sdt esen vanilla
2 sdm susu pekat

Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur. Pukul sampai rata dan masukkan esen vanilla dan susu pekat. Kacau rata. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun sehingga ianya menjadi doh. Terap dan taruk inti nenas dia atasnya. Kemudian bakar dengan suu 180C selama20 minit atau sehingga masak (masa pembakaran tergantung kepada oven masing2)

Bahan-Bahan Inti Nenas
4 biji nenas, diparut (airnya jangan dibuang)
1 kilo gula pasir
1 atau 2 batang kayu manis

Cara-Cara
Masak nenas yang telah diparut bersama airnya sekali dengan gula pasir dan kayu manis. Hendaklah dikacau sekali2 supaya tidak hangus. (klu saya inti nenas saya suka masak tua)

Baji Ceri


Kuih Raya yang ketiga ialah Baji Ceri....kuih nie pun sama dah menjadi resepi keluarga....sedap biskut nie....klu tak percaya cubalah buat...klu nak buat silalah intai resepinya dibawah....

Bahan-Bahannya
50 gm gula icing
50 gm tepung jagung
100 gm tepung gandum
40 gm buah ceri yang sudah dihiris (saya suka campur warna merah dan hijau)
100 mentega
1 sdt essen vanilla

Cara-Cara
Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. Kemudian masukkan essen vanilla. Sesudah itu masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan ceri. Gaul hingga adunan lembut dan sebati. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Setelah itu bolehlah diterap dan dibakar dgn suhu 170-180C selama 15-20 minit, ini tergantung kepada oven masing2 atau sehingga masak lah ya...

Biskut Mazena

Nie adalah biskut yang kedua yang ku bikin iaitu Biskut Mazena....resepi nie pun resepi antik, ya lah soalnya dari bangku sekolah lagi klu ku bikin kuih pasti bikin biskut Mazena nie...Jom semak resepinya....
Bahan-Bahan
1 biji kuning telur
8 0z gula icing
12 0z mentega
16 0z tepung gandum
6 oz tepung mazena
1 sdm essen vanilla
Cara-Cara
Gula icing dan mentega dipukul hingga sebati. Masukkan kuning telur dan essen vanilla. Kemudian masukkan tepung mazena dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Terapkan adunan itu dan sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dgn suhu 170-180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Biskut Sarang Semut


Assalamualaikum semua....akhirnya selesai sudah pembikinan kuih2 dan biskut2 untuk raya tahun nie...ovenku officiallly close hehehehe....kesemuanya klu tak silap saya bikin 15 macam jenis/bangsa....itu pun my daughter bilang, bikin lagi lah ibu....ish ish ish sudahlah tempat kuih ibu dah tak cukup lagi lah, dgn rempeyek lagi, kacang goreng lagi, dan ada pula 3 ke 4 kuih dari adik ku....ha kau dah sampai 20 jugak tu ishhhhhhh banyaknya....tak sangka, bikin sikit sikit sikit, alih2 penuh satu meja.....k lah akan saya kongsi 1 persatu resepi2 koleksi kuih2/biskut2 raya untuk tahun ini 2010....bermula dari yg pertama hingga ke 15...InsyaAllah....k ini adalah biskut pertama saya iaitu Biskut Sarang Semut...Resepi nie mmg dah lama saya gunakan sejak dari bangku sekolah lagi....darimana saya dapat resepi nie sesungguhnya saya tak ingat....Marilah kita lihat resepi nya....

Bahan-Bahannya
6 oz mentega
4 oz gula icing
6 oz tepung gandum
4 oz tepung custard
1 sdt baking powder
1sdt esen vanilla
chocolate rice
paper cups

Cara-Cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan esen vanilla. Sesudah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit,kacau hingga sebati. Akhir sekali adunan itu hendaklah diparut dan dimasukkan ke dalam paper cup. Taburkan sedikit chocolate rice di atas setiap paper cup. Setelah itu bakar pada suhu 170-180C sekitar 10 minit atau sehingga masak.

Monday, September 6, 2010

Mee Tomyam


Assalamualaikum semua....diam tak diam tinggal beberapa hari aje kita berpuasa ya....nie tekak pulak rasa macam nak makan sup2 gitu...teringat pulak tomyam, lagi pulak ramadhan nie belum masak tomyam lagi...jadi untuk iftar pada 27 ramadhan 1431 adalah Mee Tomyam....Resepi ini ialah dari buku masakan Aneka....klu terasa selera dan ingin mencubanya jom semaklah resepi dibawah....

Bahan-Bahan
150 gm mee kuning / mee hoon / kueh teow
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gmbunga kobis
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang besar (dihris)
2 batang serai *
8 biji cili padi *
1 ulas bawang putih * (* diketuk)
1 sdm pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
Air & garam secukupnya
Minyak masak

Cara-Caranya
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan air, daging, serai dan cili padi. Masak hingga daging lembut.
3. Kemudian masukkan udang, sotong, bunga kobis, tomato, bawang besar dan pes tomyam.
4. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam dan air limau nipis.
5. Akhir sekali masukkan mee dan masak selama 3 minit atau sehingga masak.



Sunday, September 5, 2010

Mee Hongkong


Salam sejahtera kepada semua pengujung2 blogku yang budiman.....Ini adalah menu pada 26 Ramadhan simple aje iaitu Mee Hongkong....mmg simple sangat kerana mee hongkong nie bumbunya setakat bawang puith je... Resepinya tak ingat pula saya ambil dari mana...bagi sesiapa yang ingin mencuba silakan, tapi ingat mee nie lepas goreng je terus dimakan baru sedap klu tidak ianya kembang tak sedap nnt.....

Bahan-bahan
mee kuning / mee hoon (pilih yg mana suka)

daging - hiris nipis
isi ayam - potong dadu kecil
udang - bersihkan kulit tapi tinggalkan ekor
sotong - potong kecil2
Fishcake - hiris nipis
sawi - potong kecil
lobak - hiris tipis
kobis - potong kecil

bawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)
lada sulah - biar lebih sikit
tepung jagung -tuk memekatkan kuah
air rebusan kulit udang (untuk kuah)
sedikit garam

Cara :

1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing dan masukkan daging hingga daging empok sedikit.
2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, carrot, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi dan kobis masak dan hidangkan panas bersama lada hijau jeruk....

==================

nota :

air rebusan kulit udang tu boleh di tukar ngan air biasa dan sedikit sos tiram.

Saturday, September 4, 2010

Laksa Goreng


Salam sejahtera semua....Laksa Goreng menjadi menu untuk saya sekeluarga semalam....cepat betul masa berjalan, rasanya baru saja kita mula berpuasa tau2 sekarang sudah minggu terakhir....kuih belum habis bikin lagi....jadi kita terus ke resepinya lah....yok kita lihat resepinya...

Bahan-Bahan:
1 kilo Laksa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 sdm udang kering, direndam dulu* (dikisar)
3 sdm cili giling
Sos tomato
Kicap manis
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
Udang
Sotong
Daun bawang & Daun bawang
Telur 2 biji

Cara-Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, udang kering yang telah dikisar dan juga cili giling hingga garing. Kemudian masukkan udang, sotong dan gaul rata hingga masak. Sesudah itu masuukkan kicap, sos tomato, garam dan gula. Pecahkan telur dan masukkan laksa, gaul hingga sebati. Masukkan tauge dan daun sup serta daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Friday, September 3, 2010

Sayur Lodeh Kuah Lontong


Salam semua....N3 ini adalah apa yang dimasak semalam untuk iftar iaitu Lontong...tapi disini saya akan letak resepi untuk kuah lontongnya aje ya iaitu Sayur Lodeh...sal nasi impitnya saya rebus yang instant je (saya selalu pakai jenama adabi atau nona)....Jom semak resepinya....

Bahan-Bahannya
Nasi impit secukupnya (dipotong dadu)
Sambal tumis telur dan serunding
Kacang panjang
Kobis
Sengkuang
Lobak merah (carrot)
Tahu (digoreng setengah masak)
Tempe (dogoreng setengah masak)
suun, direndam dgn air

Bahan-Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas pawang putih
4 biji buah keras
20 batang lada kering (direndam sebentar)
$1 udang kering (kira2 satu genggam gitulah, direndam dulu sebentar)
kunyit hidup sebesar ibu jari
lengkuas 1/2 ibu jari
1 batang serai, dititik
3 kotak kecil santan
garam secukupnya

Cara-caranya
Panaskan minyak secukupnya lalu tumis bahan2 yang dikisar hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan santan (tambah air sedikit, air nie banyak mana ikut suka masing2) dan garam secukup rasa (harus dikacau selalu supaya tak pecah santan). Bila sudah mendidih masukkan sengkuang, lobak merah, kacang panjang, tahu, tempe dan suun. Akhir sekali masukkan kobis.

Wednesday, September 1, 2010

Sabsuka

Salam hari Rabu iaitu 22 Ramadhan 1431H semua....Hari ini kan saya masak masakan orang Arab iaitu Sabsuka untuk iftar...ini 1st time saya mencuba masak sabsuka nie, slalunya beli je...tapi slalunya klu beli kan sabsuka nie takde pula ditaburkan keju tapi kata teman sekerja saya klu orang arab masak dorang taburkan keju baru dibakar...nie resepi nie saya dapat dari teman sekerja saya lah nie...terimakasih ya kerana sudi berkongsi resepi dgn saya dan dapat pulak saya kongsi resepinya dgn pengunjung2 blog saya nie....marilah kita lihat resepinya....

Bahan-Bahannya
1 kilo daging cingang
5 biji bawang besar, dipotong dadu
4 ulas bawang putih *
halia sebesar ibu jari * (* dikisar)
4-5 sdm rempah bamia
1 botol tomato sos
3-4 biji tomato, dipotong dadu
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
4-5 biji telur
minyak sapi
mozarella cheese secukupnya
garam dan serbuk perasa secukupnya

(Sabsuka sebelum ditabur cheese dan dibakar)

Cara-Caranya

Goreng daging cincang dengan minyak sapi kemudian diketepikan dulu. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan rempah bamia. Kacau rata klu perlu ditaruk air boleh ditaruk sedikit air. Setelah garing masukkan tomato sos, tomato, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan diikuti dengan masukkan daging cincang yang telah digoreng terlebih dahulu dan juga daun ketumbar. Setelah mendidih, renjiskan sedikit minyak sapi diatas masakan ini dan pecah kan telur. Biarkan telur setengah masak kemudian tuangakan kedalam loyang atau allimunium tray. Taburkan sedikit daun pudina dan mozarella cheese secukupnya dan bakar sekitar 10 min. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti....ikut citarasa masing2, roti perancis atau ban bakar boleh atau roti kosong pun boleh...Selamat mencuba.....

(Sabsuka setelah dibakar)