Assalammualaikum semua....N3 ini adalah N3 yg tertunda yg seharus dibuat semalam....ini adalah lauk yg dimasak semalam....tak sempat dipostkan pasal semalam tengahari saya keluar, ada project sikit lepas tu bila balik rumah, ibu kesayang ku ada dirumah, ibu datang nak tgk cucu2 dan anaknya.....dah duduk berbual-bual, makan2 sambil nonton TV dah sampai kul 11 malam....niat dihati mmg nak masukkan jugak N3 nie semalam tapi bila fikirkan pagi nie nak keje, nak kena bangun kul 3 pagi, ku simpan saja lah niat tu.... itu pun kul 12 jugak baru tidur.... Ini adalah kali kedua lauk Sup Ayam Lengkuas/Tom Khai Gai nie dimasak semenjak ku dapat resepinya dari dapur Mat Gebu....saya suka lah rasanya yang ala-ala tom yam gitu....makan dgn nasi putih panas sedap... hirup2 gitu aje pun sedap....klu nak tambah seafood pun saya rasa mesti sedap....dah jadi sup seafood lengkuas pulak ehhhh....tapi untuk kali ini pun saya tetap gunakan ayam aje, soalnya stock ayam ada banyak......MAT saya minta izin C&P resepinya disini di dapur saya Mat ya.....tema acih.....
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi, diketuk
2 camca besar sos ikan 'nampla'
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal 'khas' (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan
BAHAN SAMBAL 'KHAS' :
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja...

Untuk Sambal Khas :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus tumis hingga cili garing. Matikan api dan masuukan sos ika, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas.
No comments:
Post a Comment