Monday, July 19, 2010

Kuih Lompang


Salam semua.... petang nie tak mau goreng2, tak mau bake tapi nak gi ke kukus pulak... yok kita kukus Kuih Lompang....Kuih Lompang nie die adik-beradik kuih kaswi.... kuih kaswi pakai gula melaka, kuih lompang pakai gula pasir....kedua-dua pun sedap, masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri dan kedua-duanya menjadi pujaan hatiku hehehehe....resepi nie ku dapat dari rumah Bro Rozzan.... wah bro rozzan dah renovate rumahlah, cantiklah rumahnya skrg.... Nak resepinya ada di bawah....Bro Rozzan minta izin C&P ya....


Bahan-Bahan
110 gm tepung beras*
80 gm tepung ubi*
200 ml air* (*Satukan dan gaul rata)
250 gm gula pasir#
200 ml air#
2 helai daun pandan# (#Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)

½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)


Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung ubi. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.
2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.
3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.
4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.

No comments:

Post a Comment