Thursday, March 31, 2011

Apam Keledek


Selamat petang dan salam sejahtera semuanya...semoga semuanya didalam keadaan ceria selalu...macam mana cuaca ditempat anda, ditempat saya hujan lebat...dgn cuaca hujan lebat gini mmg sedap lah makan Apam Keledek dgn Teh O panas kan kan kan... Resepi Apam Keledek nie saya cedok dari blog Sinar Kehidupan...Yatie saya minta izin C&P resepinya kat blog saya... Terimakasih Yatie sedap sedap sedap sangat sangat sangat Apam Keledek nie :)))


Bahan-Bahan

3/4 cwn gula pasir*

200 ml air

1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)


2 cwn tepung beras

1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)

250 ml santan

1 cwn tpng gandum

sedikit garam

1 sudu kecil yeast

1 sudu kecil b.powder

pewarna oren


Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)

2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.

3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.

4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.

5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.

6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.

7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.

8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut atau gula oren atau kedua-duanya sekali.


Sayur Campuran Apa Adanya


Hai....ketemu kita sekali lagi..nie tadi lunch ada goreng sayur sikit,,, ape je yg ada kat peti sejuk campur2 jadi lah Sayur Campuran Apa Adanya hehehe... Simple je tapi tetap saya akan sertakan resepinya bagi sesiapa yg memerlukan... Inilah dia resepinya...


Bahan-Bahan

20gm cendawan butang

20gm brokoli hijau*

20gm bunga kobis*

20gm kacang pea*

1/2 batang lobak merah* (*direbus dahulu)

Sedikit udang hidup dan sotong (optional)

3 ulas bawang putih

1 sdm sos tiram

1 sdm minyak masak

200ml air


Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan udang, sotong dan sos tiram.

3. Kemudian masukkan cendawan butang, sayur2 dan air.

4. Kacau2 sebentar. jgn terlalu lama dan siap sudah utk dihidangkan.


Tip : Jangan direbus terlalu lama sayur2, panaskan air hingga mendidih kemudian celur sekejap lalu diangkat.

Wednesday, March 30, 2011

Udang Masak Lemak Cili Padi





Selamat tengahari dan salam sejahtera semuanya...sudah lunch ke belum??? Saya masak apa utk lunch hari nie??? Ya lah nie lah nak share resepi lunch hari nie...Istimewa pasal bahan utamanya ialah hasil penangkapan saya sendiri waktu saya gi prawning semalam...ya lah tu UDANG...lunch hari ini ialah Udang Masak Lemak Cili Padi yang resepi saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010 dan mengikut apa yang dikatakan dalam Majalah ini, resepi yang mudah dan ringkas ini ialah khas dari IKEA tapi IKEA yg mana saya tak tau pulak...mari lah sama2 kita intai resepi nya...

Bahan-Bahan

500gm udang

1 biji kelapa, diambil santannya (saya pakai santan kotak je)

3 batang serai, diketuk (dititik)

3 helai daun kunyit

3 keping asam Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

100gm cili merah

150gm cili padi

80gm bawang kecil

50gm bawang besar

50gm bawang putih

3sm kunyit hidup

3 biji buah keras


Cara Memasak

1. Didihkan bahan kisar bersama santan dan kacau rata.

2. Kemudian masukkan udang bersama serai, daun kunyit serta asam keping.

3. Tambah garam dan persa secukupnya.

4. Kacau sehingga pekat dan angkat.

5. Sedia dinikmati.


Tuesday, March 29, 2011

Muffin Nangka




Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...nak cerita sikit lah nie...semalam saya gi dentist sbb dah tak leh tahan sakit gigi...fiikirnya dapat diselamatkan tapi malangnya terpaksa dicabut kerana dah pecah dan termasuk ke dalam gusi...jadi klu makan skrg menggunakan sebelah kiri sahaja...itulah apa yang berlaku semalam... Untuk petang hari nie kan, nak cuba bikin Muffin Nangka lah yang resepinya tak lain dan tak bukan dari blog CMG...Che Mat saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya... Thks


BAHAN-BAHANNYA :-)

100 gram mentega

2 biji telur gred A

70 gram gula halus

175 gram tepung gandum*

10 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)

80 ml susu segar

100 gram nangka masak, didadu 1/4 camca teh esen nangka (optional)




CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C, alas muffin pan dengan papercup sesuai atau guna kan muffin cup jenis keras. Ketepikan. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Kacau rata. Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang didadu tadi. Gaul rata dengan spatula. Isikan 3/4 penuh dalam mangkuk yg disediakan. Bakar 25 minit hingga keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..



Friday, March 25, 2011

Kupang Sambal Berlada


Apa khabar dan salam sejahtera semua....nie adalah apa yang dimasak semalam untuk lunch tadi iaitu Kupang Sambal Berlada yang resepi saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Nov 2010...saya potong pendek aje ya hari nie, kita langsung ke resepinya ya...

Bahan-Bahan
1kg isi Kupang
300gm cili merah*
50gm bawang merah*
30gm bawang putih*(* dikisar)
3 sudu makan jus limau nipis
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Didihkan air dalam periuk Dan rebus kupang hingga lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan cili merah dan biarkan hingga pecah minyaknya.
4. Masukkan isi kupang dan gaulkan hingga rata.
5. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis secukupnya.
6. Kacau rata dan angkat.

Thursday, March 24, 2011

Terung Sambal


Hai....jumpa lagi. Ini lah die Terung Sambal yang saya gandingkan dengan Masak Lemak Ikan Merah tadi yang resepinya juga saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011... Saya memang gemar dgn Terung Sambal..klu Ada sesiapa juga gemar dgn Terung Sambal, resepinya ada saya sertakan sekali...simple je ;-)

Bahan-Bahan
2kg terung - dipotong kecil
100gm cili kering*
5 biji bawang putih*
5 biji bawang merah* (resepi asal tidak menggunanya)
20gm belacan* (*dikisar)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan goreng terung sekejap. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama cili kering dan belacan hingga garing.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan terung yang siap digoreng dan kacau rata
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

PS: Pastikan cili ditumis hingga benar-benar garing sebelum dimasukkan terung.

Wednesday, March 23, 2011

Masak Lemak Ikan Merah

Selamat tengahari dan Salam sejahtera semuanya...Ikan Merah!!!!! Ikan Merah masak Asam Pedas sudah, Ikan Merah masak sup sudah, apa kata hari nie kita Masak Lemak Ikan Merah...klu nak ikutkan resepi yang saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011 chefnya menggunakan Ikan Patin... Lauk Masak Lemak Ikan Merah nie tadi saya gadingkan dengan terung sambal ehhhhmmm sedapppp...

Bahan-Bahan
1 ekor ikan merah
1 biji santan
5 biji bawang merah*
10 biji cili padi*
2sm lengkuas*
2sm halia*
2sm kunyit hidup*
20gm belacan*(*dikisar)
2 batang serai (dititk)
2 keping asam keping
1 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Masukkan Bahan kisar dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau rata dan masukkan asam keping.
3. Masukkan serai bersama daun kesum dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
6. Angkat dan hidangkan.

Info dari chefnya menyatakan : penambahan daun kesum menaikkan lagi aroma Masak Lemak Ikan nie :)

Pai Epal

Selamat petang semua...yok kite makan petang yok...Oleh kerana stock epal banyak sekali dirumah, mana tak hubby beli beh Ibu pun beli...jadi mari lah kita makan Pai Epal petang nie...Resepinya ialah dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober 2008...klu anda mau merasa keenakan Pai Epal ini, apa lagi cubalah... Disini saya sertakan resepinya sekali k :)

Bahan Kulit:
225gm tepung gandum
75gm mentega
50gm shortening
8 sudu makan air sejuk
1/4 sudu teh garam

Bahan Inti:
900gm epal
25gm tepung gandum
90gm gula
2 sudu makan jus lemon
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan mentega

Cara Memasaknya:
1. Untuk membuat kulit pai, campurkan kesemua bahan membuat kulit pai. Gaul sehingga menjadi doh. Simpan di peti sejuk selama 30 minit.
2. Kemudian canai doh setebal 3mm dan letakkan di dalam bekas acuan.
3. Untuk intinya, hiris epal dan gaul bersama tepung, gula, jus lemon, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam.
4. Letakkan di atas acuan tadi dan sapukan mentega diatasnya.
5. Canai doh yang selebihnya tadi dan tutup di atas pai.
6. Bakar pada suhu 220C selama 10 minit kemudian kurangkan suhu pada 180C dan bakar selama 40 hingga 45 minit sehingga kekuningan.

Tuesday, March 22, 2011

Ikan Selar Kuning Percik


Mau masak apa hari ini untuk lunch...bila belek2 Majalah Rasa terlihat pulak Ada resepi ikan cencaru percik, mcm selera gitu...apalagi kat peti sejuk pun Ada ikan tapi bukan ikan cencaru, yg Ada ikan selar kuning pun boleh lah...mmg Ada di nyatakan boleh digantikan dgn ikan lain...ianya sungguh enak di nikmati ketika masih panas..resepi nie Dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011. Saya sertakan resepinya disini bagi sesiapa yg ingin mencubanya... Jom mari kita intai resepinya...

Bahan-Bahan
3 ekor ikan Selar kuning (resepi asal menggunakan ikan cencaru)
200gm santan pekat
100gm cili kisar
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5cm halia*(*dikisar)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya

Cara Memasak
1. Ikan dibersihkan dan digaul dengan garam . Bakar sehingga masak.
2. Masukkan santan, cili kisar, bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga benar-benar pekat dan masak.
4. Setelah siap siram keatas ikan yang sudah siap dibakar tadi. Sedia dihadangkan.

Monday, March 21, 2011

Condensed Milk Cupcakes

Selamat petang dan Salam sejahtera semuanya..Sudah beberapa hari tidak update blog kerana dari 18-20mar tu anak saya bertanding unruk 7th Sijori Pencak Silat Championship, jadi Ibu ayah Nya pun sibuk lah seharian di tempat pertandingan...mmg tak sia2 kerna Alhamdulillah anak saya mendapat pingat emas :) untuk makan ptg nie, Cuba buat Condensed Milk Cupcake...ishhhh sedap betul lah cupcake nie...tak bohong macam kek berkat orang kahwin gitu... Betul... Klu tak percaya silakan lah Cuba membuatnya..resepi nie saya cedok dari blog tiffinbiru. Terimakasih Mat, saya minta izin C&P resepi cupcake yg sedap nie kat blog saya :)))

Bahan-Bahannya
240 gram mentega berkualiti tinggi
240 gram tepung kek (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh baking powder
90 gram gula halus (mat guna 75g gram saja)
1 cawan susu pekat manis
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, satukan tepung gandum dan baking powder, gaul rata dan ayak. Campur garam halus dan gaul rata. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus hingga rata dan kembang, masukkan susu pekat manis dan putar rata. Tambah esen vanilla.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati dalam adunan.
Sudukan 1/2 lebih sikit dalam setiap paper cup, bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

Thursday, March 17, 2011

Sotong Sambal


Assalammualaikum semua....Sudah lunch ke belum??? Hari ini untuk lunch ialah Sotong Sambal...Waktu tu bila gi pasar ada sotong hidup cantik2 pulak tu...pas tu waktu pulang singgah kat kedai beli Majalah Rasa, waktu tgh belek2 majalah tu my hubby ternampak resepi Sotong Sambal nie then die blg eheh sungguh menyelerakan....jadi hari nie masak lah Sambal Sotong yg resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011...yok mari kita lihat resepi Sotong sambal yang pedas dan membangkitkan selera...

Bahan-Bahannya
1 kilo sotong
200gm cili kisar
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
20gm belacn*(*dikisar)
1 biji bawang besar #
2 biji cili merah# (#dihiris)
20ml air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan air dalam periuk dan rebus sotong hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan hingga naik minyaknya.
4. Setelah itu masukkan sotong dan juga air asam jawa.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan bawang besar bersama cili merah yg dihiris.
6. Biarkan kuahnya pakat dan angkat.

PS : Pastikan bahan kisar dan cili kisar xdibiarkan masak lama sebelum dimasukkan sotong ke dalamnya.


Pandan Muffin

Salam petang semua...cuaca hujan2 nie klu dpt minum petang teh atau kopi panas dan klu digandingkan dgn muffin pun sedap jugak kan...apa lagi yok bikin Pandan Muffin yg resepinya saya cedok dari blog CMG...anak2 mmg suka muffin baik untuk makan ptg ataupun breakfast... Mat Gebu saya minta izin C&P kat blog saya thks :)

Bahan-Bahannya
180gm mentega butter garam (unsalted butter)
140gm gula halus
2 biji telur gred A
80ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220gm tepung gandum
2 camca teh pandan paste
sedikit coklat chip untuk hiasan (optional)
Cara-Caranya
1) Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
2) Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dgn susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
3) Sendukkan ke dalam acumen muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat chip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20-25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Monday, March 14, 2011

Donut

Selamat pagi semua... Anda semua sudah sarapan ke belum... Saya hari ini off tak keje jadi untuk sarapan pagi ini dibikin Donut kegemaran anak2. Tapi resepi kali ini saya tak ingat lah ambik dari mana atau siapa soalnya resepi nie saya simpan dah agak lama... Resepi donut mmg byk saya ada dalam simpanan jadi cuba lah satu persatu... Tuan punya resepi saya ucapkan terimakasih dan disini saya sertakan resepinya untuk dikongsi sama...

Bahan A
600gm tepung gandum
100gm tepung naik sendiri
100gm gula
30gm susu tepung
1 sdk garam
11gm (1 packet) yis mauripan

Bahan B
1biji telur (dipukul sikit)
330ml air suam
60gm majerin
1 sdk bread softener

Bahan C
500ml minyak
1 sdb majerin
Cara-Caranya
1. Gaulkan semua Bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula Bahan B dan kacau rata menggunakan mesin selama 20 minit.
3. Perapkan selama 1 jam atau sehingga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20-30 minit.
6. Panaskan Bahan C dan masukkan donut. Perlahankan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor ke choco chips ke atau ape2 kesukaan anda.
9. Siap untuk dihidangkan.

Saturday, March 12, 2011

Bingka Susu

Salam hari minggu semua...apa khabar??? moga2 all of u enjoying the weekend...Bingka Susu, mmg sebelum ini saya tak pernah dgr, rasa apalagi membikinnya..ini lah semalam saya cuba membikin nya setelah terlihat diblog yatie....mmg sedaplah bingka susu nie jgn kata yg kecik yg dewasa yg tua pun suka....yatie saya minta izin C&P resepinya kat blog ani ya untuk sesiapa yg ingin mencubanya...

Bahan-Bahan A
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 gm gula pasir (opt)
1 cawan tepung gandum (diayak)
2 biji telur

Bahan-Bahan B
500ml air
100gm mentega/majerin
50 gm tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara-Caranya
1. Satukan bahan A dan ketepikan.
2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi . Matikan api.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit atau hingga permukaan kulit garing.
5. Biarkan kuih benar-benar sejuk didalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk ingin makan dingin.
6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

Thursday, March 10, 2011

Puding Ubi Kentang

Assalammualaikum dan selamat petang khamis semuanya...saya sebenarnya teruja untuk mencuba Puding Ubi Kentang apabila terlihat diblog yatie ketika meronda ke rumah yatie beberapa hari yg lalu...Puding Ubi Kentang???? itu lah yg menjadi tanda tanya dan membuat saya begitu ingin mencubanya soalnya mmg tak pernah dengar, it is something different u know...jadi itu lah nari dok mencubanya....bagi sesiapa yg ingin mencubanya juga silakan lah...Yatie saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya... thks

Bahan-Bahannya
10 g serbuk agar-agar
2 biji ubi kentang sederhana saiznya
200 g gula pasir
200 ml santan pekat
125 ml susu cair
500 ml air
3-4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega
3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.

Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!

Monday, March 7, 2011

Macaroni Fruit Cocktail




Selamat petang selasa pada semua...Hari ini saya nak share resepi dessert yg simple dibuat dan enak dimakan terutama anak2...resepi ini saya dapatkan dari Arwahyarhama makcik saya yg sungguh pandai soal masak-memasak....saya terpikat pada dessert ini pada pertama kali ianya dihadangkan kepada saya olehnya...mmg dah lama dah, pada masa itu juga saya menanyakan resepinya...oleh kerana resepinya simple dan mudah, saya cukup ingat resepinya sampai hari ini tanpa menulisnya...dessert ini sedap dimakan klu sejuk bila baru keluar dari fridge...sebenarnya saya pun tak tau nama dessert nie apa tapi saya namakan Macaroni Fruit Cocktail...klu ada yg
ingin mencubanya sila lah melihat resepinya.....yooookkkkkk
Bahan-Bahannya
1 packet Macaroni (direbus trlebih dahulu)
1 tin susu pekat
1 tin susu sejat
1 tin nestle cream cheese
1 tin buah campur2 (fruit cocktail) termasuk syrupnya sekali
6 keping cheese atau lebih ikut citarasa masing (dipotong kiub kecil2)
Cara-Caranya
Satukan kesemua bahan2 di dalam bekas termasuk macaroni yg telah direbus sekali dan gaul rata. Setelah rata, masukkan kedalam peti sejuk....bila dah sejuk ianya boleh lah dihidangkan kerana dessert ini sedap dimakan ketika sejuk....Selamat mencuba :)

Friday, March 4, 2011

Eggless Chocolate Cupcakes

Selamat pagi sabtu semuanya...lagi sarapan ke nie....nie pagi2 dah masukkan entry bukan apa, pasal rasa2 nya hari nie mcm satu hari takde kat umah nnt jadi selit lah masa sikit pagi nie untuk masukkan entry...N3 nie bukan apa yg dimakan pagi ni, pagi nie sarapan simple aje, makan roti bakar...N3 nie adalah apa yg dibfuat utk makan ptg semalam iaitu Eggless Chocolate Cupcakes yg resepinya pada suatu masa dulu saya ambil dari blog Kak Ummi Home Sweet Home...tak pakai telur pun sedap u....betul...klu nak cuba silakan lah, nnt eh saya minta izin dari kak ummi dulu, kak ummi saya minta izin C&P resepinya di blog saya ya....thks...oh lupa nak blg, teman2 resepinya dalam bahasa inggeris ya....

Ingredients:
275g self raising flour
50g cocoa powder
15ml baking powder

250g caster sugar
135ml sunflower oil
350ml fresh milk
few drops of vanilla essense

Method:

1. Sift sel raising flour, cocoa powder and baking powder.
2. Add in castor sugar.
3. In another bowl, mix together oil, fresh milk and vanilla essence.
4. Pour the liquid into dry ingredients and mix till smooth batter is formed.
5. Spoon into the papercups and bake in a preheated oven at 180 C for 20 - 25 minutes.

Thursday, March 3, 2011

Ondeh-Ondeh Keladi

Salam sejahtera semua...lagi apa??? lagi minum petang ke....hari ini untuk minum petang adalah Ondeh-Ondeh Keladi, buat sikit je....Resepi nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan November 2010...Sebenarnya bikin ondeh2 mmg senang lagi menyenangkan bila anak2 dan suami suka memakannya...haaaa bagi sesiapa yg ingin cuba menbuat ondeh-ondeh keladi nie, dibawah ada saya sertakan resepinya sekali...

Bahan-Bahannya
1 biji keladi sederhana, dipotong dadu dan direbus empuk
200 gm tepung pulut
1 ketul gula melaka, dipotong dadu
1/2 biji kelapa parut putih
pewarna ungu secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara-Caranya
1. Lenyek keladi secukupnya dan digaul sebati dengan tepung pulut. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Seterusnya masukkan pewarna ungu dan gaul rata.
3. Seteah itu, buat bebola kecil dan letakkan gula melaka di tengah-tengahnya. Tutup dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
4. Masukkan ondeh-ondeh ke dalam air yang telah mendidih. Angkat apabila ia terapung.
5. Akhir sekali, golekkan di atas kelapa parut yang telah digaul dengan garam (klu saya, kelapa parutnya saya akan kukus dulu sekejap). Sedia untuk dinikmati....

Wednesday, March 2, 2011

Durian Almond Cake

Assalammualaikum semua....N3 nie adalah apa yg dibuat untuk makan petang semalam iaitu Durian Almond Cake...kat umah dah takde hirisan badam jadi ianya tidak lah dihias dgn hirisan badam...resepi nie adalah dari blog CMG...klu tgk dari hasil rupa baking semalam nie, macam tak menjadi je gitu tapi alhamdulillah licin, bersih, habis semuanya cuma tinggal dua keping je pagi nie...sedaplah tu hehehehe... Che Mat, saya minta izin C&P resepinya disini ya...thks

BAHAN-BAHANNYA:-)
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama 'Anchor')
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred 'A'
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat 'IDEAL')
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biarkan sejuk di jaringan sebelum dihidangkan...

Spaghetti Bolognese


Salam tengahari khamis semuanya...nie hari nie nak masukkan entry ulang tayang for lunch semalam...minta maaf lah, jgn bosan ya...soalnya anak2 rqst masak Spaghetti Bolognese dan ternyata resepi Spaghetti Bolognese dari blog kak ummi home sweet home yg bahan2nya sedia ada dirumah...mmg simple dan sedap lah resepi kak ummi nie, sebab tu lah di blog kak ummi dinamakan ia Spaghetti Bolognese Sempoi....cuba lah klu anda semua tak caya....untuk mendapat resepinya sila click Spaghetti Bolognese

Tuesday, March 1, 2011

Cucur Telur

Selamat pagi semua...hari ini untuk sarapan mencuba resepi yang saya cedok dari blog CMG iaitu Cucur Telur...tidak menggunakan banyak bahan malah sedap pulak tu, lebih sedap lagi klu makan dengan sambal tumis ehmmm sambal tumis udang...tapi pagi nie makan dengan cili sos je...Che Mat, saya minta izin C&P resepi nya kat blog saya ya...untuk sesiapa yg ingin mencuba silakan ya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
3 camca besar gula pasir1 biji telur + 1/4 esen vanilla, pukul rata
Secubit garam
3/4 cawan air, anggaran
Sos kegemaran atau sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh semua bahan2 di atas kecuali sos kegemaran. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Rehatkan 5 minit.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, sudukan 1 camca besar adunan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 6 - 7 biji cucur sahaja, bergantung pada saiz kuali masing2.
Goreng hingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Hidangkan dengan sos cili atau sambal tumis...hmmm lagi-lagi kalau sambal tumis udang...