Selamat petang semuanya... makan ptg hari nie saya bikin Mexican Bun aka Roti Boy.... waktu membakar roti nie tadi, satu rumah bau harum semerbak...bukan saja harum baunya, rasanya pun sedap... anak-anak mmg suka roti boy nie, yg suatu ketika dulu begitu popular.... saya dapat resepi ini dari Hana, tapi tak ingat hana yg mana (minta maafnya).... jom kita sama2 lihat resepinya dan bagi sesiapa yg ingin mencuba silakan enakkkkkkk
Mexican Bun aka Roti Boy
Sumber: Hana (alamak hana yg mana tak ingat)
Bahan-bahan ( 17 biji bun )
Inti
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar Topping
-100 gm mentega -80 gm gula icing
-2 biji telur grade B
-1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sudu besar air panas.
-100 gm tepung gandum
Doh Roti
-500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)
- di ayak -1 sudu kecil bread improver+ 1 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast -1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega
Cara-cara membuatFilling
Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing & nescafe. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi. Masukkan telur dan air/susu segar. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega dan jarakkan dalam 1 1/2 inci. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm). Sementara itu, keluarkan topping dari peti ais dan masukkan dalam piping bag. Selepas 45 mins, paipkan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Salam Noraini...
ReplyDeleteTahniah dah ada blog sendiri!... semoga kita bole tukar2 resepi! Senang2 singgahlah ke blog saya ye..
terimakasih wana...saya nie pendatang baru, byk perkara soal blog nie saya tak tau lah...tak tau ape, mcm mana dan buat ape (cuba2 saja lah apa yg patut,budak baru nak belajar lah kata kan )...klu soal tukar2 resepi tu, itulah yg saya nnt2 kan.... InsyaAllah saya pasti akan singgah ke blog awak :)
ReplyDelete