Tuesday, July 27, 2010

Nasi Beriani Eksklusif & Ayam Masak Beriani

Salam dan ketemu kembali kita tengahari ini.....makan tengahari todaykan agak berat sikit u....Nasi Beriani Eksklusif, resepi dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010 dan Ayam Masak Beraini jugak dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2008....issshhhh macam kawin2 pulak...yelah, InsyaAllah petang pulak klu takde ape2 nak bikin Bubur Suji....Nah nie confrim teringat pada Majlis Perkahwinan saya dulu2 (feeling2 gitu), tak lah mcm sekarang...majlis perkahwinan sekarang menu dah macam2...yok kite lihat resepinya...

Nasi Beriani Eksklusif

Bahan-Bahan A
1 kg beras Basmathi India ( air mengikut sukatan bekas beras)
3 sudu makan rempah beriani
100 gm badam, dikisar halus
100 gm minyak sapi
100 gm majerin
1/2 tin susu cair
4 helai daun thispata (tak pakai pasal tak tau daun ape lah nie....klu sape2 tau boleh tlg terangkan)
50 gm kismis kuning ( pun tak pakai pasal anak2 tak suka)
50 gm kacang gajus
3 biji telur, direbus
pewarna kuning secukupnya
garam secukup rasa

Bahan B (Tumis)
2 biji bawang besar, dihiris
1 helai daun pandan
2 batang serai, diketuk
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kntum buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 labu bawang putih*
5 cm halia muda* (*dikisar)
2 helai daun ketumbar
2 helai daun pudina
minyak masak secukupnya

Cara Memasak
1. Panaskan majerin secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi, daun thispatha dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila iar di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan.
8. Alas sekeliling mulut periuk dengan kertas lalu tutup periuk rapat.
9. Padam api tengah dan perlahankan api di bahagian tepi.
10. Apabila wap sudah mulai keluar dari celah penutup dan kertas mulai basah buka penutup. Buat empat lubang pada nasi lalu masukkan pewarna kuning dan telur. Tutup lubang semula, tabur kismis, daun pudina, daun ketumbar dan tutup periuk.
11. Selepas 10 minit buka semula balik-balikkan nasi perlahan-lahan. Jika culup masak tutup api, nasi boleh dihidang dengan hiasan kacang gajus.
* perhatian - saya tidak bikin dari no 8 & 9. Selepas no 7 saya masukkan kesemuanya ke dalam rice cooker.


================================================================
Ayam Masak Beriani

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
500 ml susu cair
5 gm bunga lawang
5 gm bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 ulas bawang putih, dikisar
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
garam secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, lengkuas bersama bunga lawang, bunga cengkih dan juga kulit kayu manis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah beriani, rempah kari dan serbuk cili hingga pecah minyaknya.
3. Tuangkan susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Masukkan ayam dan biarkan hingga kering.



No comments:

Post a Comment