Sunday, August 1, 2010

Udang Goreng Bersalut Bread Crumbs, Bawal Hitam Masam Manis & Begedil

Assaalamualaikum semua...mungkin ramai yang keluar berjalan-jalan, maklumlah hujung minggu lah katakan.... N3 ini adalah masakan2 semalam yang tak sempat dimuatkan, actually bukan tak sempat tapi tak larat pasal kerna tak sihat...nie hari nie nampak boleh tahan sikit tapi hidung nie masih jugak meleleh dan kepala nie pun masih bengal tapi tak seteruk semalam....makanya maafkan saya, rasanya kita terus saja tengok resepi2 masakan semalam nie ya iaitu udang goreng bersalut bread crumbs, bawal hitam masam manis dan begedil...

Udang Goreng Bersalut Bread Crumbs


Bahan-Bahan
12 ekor ekor udang, sederhana besar
5 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih* (dikisar halus)
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa
1 sdm tepung jagung
bread crumbs (serbuk roti) secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
Gaul udang bersama bahan2 yang dikisar, kunyit serbuk, garam dan tepung jagung. Kemudian salutkan dengan bread crumbs lalu digoreng dengan minyak yang panas. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.

================================================================


Bawal Hitam Masam Manis

Bahan-Bahan Ikan
4 ekor ikan bawal hitam, yg kecil atau sederhana besar
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
lada hitam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Bahan Sos
2 biji bawang besar*
2 biji buah tomato* (dibelah empat)
3 ulas bawang putih#
1 cm halia# (# dihiris)
3 sudu makan tomato sos
3 sudu makan cili sos
125ml air
minyak untuk menumis
Cara-Cara
1. Perap ikan bersama garam dan lada hitam.
2. Kemudian celup ikan di dalam bancuhan telur yang dipukul kembang dan salutkan dengan tepung jagung. Sebatikan
3. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang penuh. Goreng ikan sehingga rangup. Angkat dan toskan. Asingkan.
4. Seterusnya untuk membuat sosnya pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia sehingga garing. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
5. Setelah itu masukkan air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Masukkan pula sayur-sayuran dan perasakan.
7. Akhir sekali, apabila sos telah pekat, tunagkan di atas ikan bawal hitam tadi. Sedia untuk dimakan.

================================================================
Begedil


Bahan-Bahan
200 gm daging cincang
3 biji kentang, direbus dan dilenyek
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih* (*dihiris)
1 biji telur
garam secukup rasa
sedikit daun sup, dihiris halus
Cara-Cara
1. Gaul kentang yang telah direbus dan dilenyek tadi bersama bawang merah dan bawang puith sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, garam dan daun sup yang telah dihiris halus. Gaul sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat, celupkan kedalam telur yang telah dikacau sedikit dan goreng hingga kekuningan.
4. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment