Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung2 blog saya... selamat pagi Isnin semuanya... ada yang having monday blues tak hehehehe.... saya tu semalam dan hari nie off tapi badan pulak tak sihat....dalam fridge tu ada durian...tak suka lah simpan lama2 nnt 1 fridge bau durian...my hubby nie mmg suka sangat beli durian...apa nak buat dgn durian nie eh...oklah buat untuk sarapan pagi lah, bikin cucur durian....teringat saya akan resepi cucur durian yang pernah saya baca di Majalah Rasa keluaran bulan Oktober tahun 2008....klu nak cuba silakan resepinya ada dibawah...
Bahan-Bahan
200 gm tepung gandum
100 gm gula
50 ml santan
200 gm isi durian
300 ml air
5 gm garam
2 biji telur, dipukul
30 gm roti hancur
2 liter minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak, telur dan roti hancur ke dalam mangkuk adunan. Gaul sehingga sebati.
2. Gentel bahan2 yang sudah digaul menjadi bulat seperti bola ping-pong. Sejukkan seketika.
3. Kemudian bebola tadi dicelup dengan telur dan kemudian digaul dengan roti hancur.
4. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng adunan tadi sehingga masak dan keperangan.
No comments:
Post a Comment