Selamat tengahari semua sudah lunch ke??? Hari ini lunch masak Ayam Masak Minang yang resepinya saya ceduk dari dapur CMG & Kailan Dan Tauge Ikan Bilis resepi campak2 je.... Mat minta izin ya C&P resepinya ya...lepas nie saya rasa nak rehatlah sebentar lepas tu boleh dok fikir petang nak bikin ape...tu ada pisang tengoklah nnt apa nak dibuat dgn pisang tu...
Ayam Masak Minang
Bahan-Bahannya :
1 ekor ayam, dipotong 12
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan 1 kiub ayam "Maggi"
200 ml santan 1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
3. Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...

================================================================
Kailan Dan Tauge Ikan Bilis
Bahan-Bahan
300 gm kailan
100 gm tauge
sedikit ikan bilis, dikisar kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
sedikit kicap cair
minyak untuk menumis
Cara-Cara
1. Tumiskan ikan bilis kisar dan masukkan bawang putih. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan kailan dan tauge dan gaul rata.
No comments:
Post a Comment