Tuesday, August 24, 2010

Nasi Himpit Bersama Kuah Kacang Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....N3 nie adalah apa yang dimasak semalam untuk iftar....tak sempat nak masukkan N3 semalam....semalam untuk iftar bikin Nasi Himpit Bersama Kuah Kacang Ayam...bagi saya dan keluarga resepi nie mmg resepi pilihan terutama sekali bila hari raya confirm bikin punya....anak2 suka klu kuah kacang nie ditaruk ayam, ianya telah menjadi tradisi keluarga hubby saya klu bikin kuah kacang pasti dicampur ayam....di sini ada saya kongsi resepinya....klu berminat untuk mencuba silakan...

Bahan-bahan:

Nasi Himpit secukupnya (dipotong dadu)

300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
1 kilo ayam/1 ekor ayam dipotong ikut citarasa masing2

Bahan Dikisar:
2 batang serai
3 inci lengkuas
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 genggam cili kering, direndam
sedikit belacan
sedikit buah keras (tak pakai pun takpe)

Sedikt air asam jawa
2 sudu besar gula merah (warna oren)
5 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Kemudian masukkan ayam.
6. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga ayam empuk. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
7. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit...pedas2 manis lah gitu...)

No comments:

Post a Comment