Salam dan selamat malam semua...seperti yang saya katakan semalam my princess tu suruh saya cuba buat all kind of drinks....suruh try out macam-macam jenis minuman lah...so hari ini saya cuba bikin Punch Epal Segar yang diambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos tahun 2008....
Bahan-Bahan
1 biji epal hijau, dibuang kulit dan dihiris kiub
2 1/2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
1/2 tin air aiskrim soda
1 sudu makan gula
sedikit pewarna hijau
1 gelas air
beberapa ketul ais
Cara-cara
1. Kisar epal hijau bersama susu pekat, susu cair, pewarna hijau dan air. Kisar hingga halus
2. Masukkan aiskrim soda serta ais, kacau mesra dan sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment