Thursday, August 5, 2010

Bebola Tauhu Ayam


Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat hari yang mulia.... pagi Jumaat hari nie bikin sarapan daripada resepi blog CMG iaitu Bebola Tauhu Ayam... sebenarnya beli tauhu nie nak bikin tauhu sumbat, dah ternampak resepi mat kat blog die terus bertukar menu pulak hehehehe....nie kdg2 gitulah yang dirancang tak bikin yang tak dirancang pula yang jadi...anyway Mat terimakasih dan saya minta izin C&P resepinya k......

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus


CARA MEMBUATNYA :
Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

No comments:

Post a Comment