Tuesday, August 3, 2010

Sardin Belado Nogori dan Kentang Goreng Bertelur

Assalamualaikum semua.... masakan tengahari ini simple saja soalnya badan masih belum sembuh sepenuhnya masih bisa2 lagi.... Menu hari ini Sardin Belado Nogori yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos tahun 2008 dan Kentang Goreng Bertelur dari Blog Home Sweet Home....tq kak Ummi, saya minta izin C&P resepinya ya.....
Sardin Belado Nogori
Bahan-Bahan
450 gm sardin
4 biji cili merah*
4 biji cili hijau*
10 biji cili padi*
1 biji bawang besar* (*dihiris)
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis secukupnya
Cara-Cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sardin. Kacau sebati.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebentar.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

================================================================

Kentang Goreng Bertelur

Bahan-Bahan

6 biji kentang, kupas kulit dan potong wedges

3 biji bawang besar, dihiris bulat

1 biji cili merah dan 1 biji lada hijau, dihiris (nie saya tambah)

3 biji telur

2 1/2 sudu makan serbuk lada putih

garam secukup rasa

serbuk perasa secukupnya

minyak untuk menggoreng

Cara-Cara

Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang yang dipotong wedges sehingga masak. Angkat dan toskan. Kurangkan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan goreng hingga layu dan bangkit baunya. Masukkan garam, serbuk lada putih dan serbuk perasa. Gaul rata. Psecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan kentang dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment