Bingka Telor Sumber:
Ummi Home Sweet Home
Bahan-Bahan
3 biji telor
400 ml santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula caster
1 cawan air daun pandan atau 1 cawan air + pes pandan /pewarna hijau
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar butter (suhu bilik)
Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam blender, blend sampai semuanya sebati. Gris loyang dengan sedikit minyak masak, masukkan dalam oven dan panaskan lebih kurang 2 minit. Bila loyang telah panas, tuang adunan tadi agak-agak 3' tinggi. Bakar 10 minit pertama dengan api bawah sahaja dan lebih kurang 20 minitlagi meggunaka api atas dan bawah hingga masak/kekningan. Cucuk dengan lidi penguji, jika tidak melekat menandakan ianya sudah masak.
No comments:
Post a Comment