Monday, August 2, 2010

Harum Manis


Selamat petang semua....seperti yang saya katakan tadi, saya akan cuba membuat sesuatu daripada pisang pasal ada stock pisangkan...jadi nie lah saya buat Harum Manis... harum manis mmg sesungguhnya sedap... saya tu klu tiap kali buat harum manis nie pasti gunakan resepi yang dari blog Bro Rozzan....thks bro rozzan... betul sedap klu tak percaya cubalah resepinya ada saya kongsi bersama dibawah...Bro Rozzan saya minta izin C&P resepinya...tq so so much.....

Bahan-Bahan
200g gula melaka
240 ml air
3 biji telur (saiz sederhana)
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

240g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
(Kesemua bahan ini diayak)

40 gm mentega dicairkan
6-7 biji pisang raja

Cara-Cara :
1) Gula melaka dimasak dengan air hingga gulanya larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
2) Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau hingga rata.
3) Masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau rata-rata hingga sebati.
4) Sapukan acuan-acuan kecil (atau apa je saiz kegemaran anda) dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan hingga ke paras separuh penuh sahaja. Kemudian, letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
5) Kukus adunan yg telah dibubuh dalam acuan-acuan tadi itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

2 comments:

  1. salam...rajin betul awak masak,hari2 saya singgah umah awak jamu mata hi3...sungguh sedap...

    ReplyDelete
  2. Salam untuk Nur juga...dah terlanjur masak untuk makan harian jadi tinggal petik gambar dan luangkan sedikit masa kat PC atau laptop nie supaya dapat berkongsi resepi :) saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Nur yang sudi selalu menyinggah kat umah saya yang baru tak begitu lama dibina nie... teruskan menyinggah ya dan klu ada teman2 yg lain sudi silakan ya...pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda semua :)))

    ReplyDelete