Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....Hari ini 8hb Ramadhan iaitu hari kelapan kita berpuasa....untuk hari kelapan ini saya masak Mee Goreng Basah yang tertunda yang sebenarnya ingin masak untuk hari ketiga kita berpuasa....resepinya ialah dari blog tiffinbiru...CMG saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya...thks.
BAHAN-BAHANNYA :
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#
Hirisan tomato#
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

No comments:
Post a Comment