Assalamualaikum dan selamat malam semua...Alhamdulillah saya rasa semuanya sudah selamat berbuka puasa dengan menjamu selera dengan juadah2 yang sedap2 pilihan masing2.....dan untuk hari ini, hari ke 6 kita menjalani ibadah puasa, juadah untuk iftar ialah Kue Teow Kicap Kerang yang resepinya saya ceduk dari blog Mat Gebu....Terimakasih Mat...semoga pahala berlipat berkali ganda pahala mu kerana berkongsi ilmu dan resepi2 yang tak terkira....saya minta izin C&P resepinya disini ya......
BAHAN-BAHANNYA :
500 g kue teow
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris
1 cawan hirisan daging batang pinang
2 genggam taugeh, dibuang ekor
1 ikat sayur sawi
1 1/2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris2 biji telur
1/2 camca teh gula
1/2 cawan air
3 camca besar kicap pekat*
1 camca beasar sos tiram*
1 1/2 camca besar kicap cair*
1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
Hirisan timun, sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
3. Tambah taugeh dan sawi, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!

No comments:
Post a Comment