Friday, August 13, 2010

Mee Soto


Assalamualaikum semua....begitu cepat masa berlalu...rasanya baru hari pertama tau2 hari ini sudah hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa....hari ini pada mulanya ingatkan nak masak simple aje iaitu nak goreng Mee Goreng Basah pasal my hubby kerja nari....skali tup tup dia balik pulak....jadi tukar lah menu ke Mee Soto....dari mana resepi mee soto nie saya dapat....dari mana lagi, dari blog Bro Rozzan...nak lihat resepinya??? haaaa resepinya ada dibawah....minta izin Bro Rozzan ya C&P resepinya diblog saya nie.....oh ya mee soto nie klu takde bagedil tak sedap kan...jadi saya pun ada bikin bagedil yg resepinya juga ada disertakan....

Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk
Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto
Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

Bagedil

Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang gorengsecukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

No comments:

Post a Comment