Kek Mentega Indonesia
Bahan-Bahan
240 gm mentega
180 gm gula kastor*
180 gm tepung naik sendiiri*(*diayak)
5 biji telur, asingkan puith dan kuningnya
1 sdt esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
Cara-Cara
1. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkn gula kastor sedikit demi sedikit. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan kaup balikkan adunan.
4. Tuangkan susu pekat dan kacau adunan rata.
5. Akhir sekali, masukkan bancuhan putih telur dan gula kastor tadi. Kacau adunan sebati.
6. Bakar adunan pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
================================================================
Teh Susu Halia
1 sdt serbuk teh (saya gunakan 2 teh uncang)
500 ml air panas
3 sdm gula
20 ml susu segar
1 cm halia - dihiris nipis
Cara-Cara
1. Rendamkan serbuk teh (teh uncang) ke dalam air panas dan biarkan kembang seketika.
2. Masukkan hirisan halia dan biarkan seketika.
3. Tapis airnya dan masukkan gula. Kacau rata.
4. Sedia dihidangkan panas.
No comments:
Post a Comment