Saturday, August 28, 2010

Roti Kirai Dan Kari Daging

Salam semua....semoga semuanya baik2 hendaknya....Semalam hari sabtu...teringin pulak nak makan Roti Kirai atau dikenal juga sabagai Roti Jala...tu lah dok bikin semalam untuk iftar...Roti Kirai Dengan Kari Daging....resepi nie mmg resepi keluarga...klu nak mencuba resepinya ada dibawah...sorry ya ,tak dpt nak borak panjang sal nak bikin kuih raya lah u hehehehe

Roti Kirai/Roti Jala
Bahan-Bahan
1kg tepung gandum
10 biji telur
1 tin susu cair
sedikit pewarna kuning(klu dpt yg serbuknya)
garam secukup rasa
air (agak2 cukup setakat adunan boleh dikirai)

Cara-Cara
Pecahkan telur dalam bekas, masukkan garam dan susu cair. Kacau sampai rata. Masukkan tepung dan air. Akhir sekali masukkan pewarna kuning. Kacau rata. Blend aduan supaya tidak bergentel. Bila sudah diblend dan adaun masih pekat boleh ditambah air sikit2. Panaskan kuali (sebaik-baiknya yg non-stick). Lenserkan kuali dgn campuran majerin + sedikit minyak masak. Bila kuali sudah panas bolehlah megirai adaunan dgn menggunakan calung untuk mengirai roti kirai/roti jala... Hidangkan bersama kari daging/ayam dan salad(optional)....
================================================================

Kari Daging
Bahan-Bahan
1/2kg daging goreng (dipotong dadu dan dicampur dgn bahan2 yg diblend)
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari* (diblend)
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 helai daun pandan (disimpul)
1 batang serai (dititik)
1/2 packet rempah kari daging BABAS (digaul dgn air)
1 1/2 sdt lada serbuk
1/2 cawan gajus (dimesin)
1 tin kecil tomato puri
1 packet kecil bawang goreng (klu nak goreng sendiri pun blh jugak)
1/2kg ubi gentang (potong 2 atau 4 pun boleh)
2 batang lada merah 2 batang lada hijau (potong sangkut)
1 genggam daun ketumbar

Cara-Cara
Tumis buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, daun pandan dan serai. Bila dah wangi masukkan daging yg telah dicampur dgn bahan2 yg diblend. Kacau2 sedikit. Bila daging dah empuk, masukkan rempah kari, lada serbuk, gajus yg dimesin, tomato puri dan bawang goreng. Setelah medidih masukkan ubi gentang dan kecilkan api. Setelah baunya naik & pekat, akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan daun ketumbar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.....

No comments:

Post a Comment