Salam pagi minggu...cuaca pagi minggu hari ini punyalah sedap untuk tarik selimut, tapi tak mampu saya nak buat demikian walaupun badan tak begitu sehat kerana nak bikin sarapan pas tu nak cepat2 masak, alah nari nnt goreng mee je lah pasal nari ada tempahan....k sarapan pagi nie dengan gendang kasturi k....mari lah kita lihat resepi, malangnya saya tak ingat resepi ini saya dapat dari mana dan siapa....
Bahan-Bahan
1 cawan kacang hijau (rendamkan beberapa jam)
air secukupnya untuk merebus kacang hijau
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sdm kelapa parut putih
3 sdm tepung gandum
Bahan Batter (gorengan)
1 cawan tepung beras
1 sdm tepung jagung
1 sdt kunyit serbuk
1/2 sdt air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
1. Kacang hijau direbus sehingga kacang hijau itu pecah/lembut dan kering airnya. ( jangan sampai hangus)
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan seperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter (gorengan) untuk celupkan adunan kuih kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yang telah dicelupkan dengan bahan batter (gorengan) sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment