Thursday, August 5, 2010

Agar-Agar Santan



Salam semua....nie tengahari tadi saya ada bikin pencuci mulut iaitu Agar-Agar Santan....bukan apa, tekak tengah perit2 gini bila dapat makan agar2 lagi klu sejuk2 wooiiiii nyaman rasa tekak nie...resepinya saya dapat ketika meronda-ronda di blog dayangjack... Dayang saya minta inzin C&P resepinya ya....untuk pengunjung2 blog saya yang budiman, klu ingin mencuba silakan...

Bahan-bahan :

Untuk Lapisan Putih :
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
160 ml air
1/4 sk garam
1/2 cawan santan

Cara-cara : Larutkan serbuk agar-agar bersama air sehingga mendidih. Kemudian tutupkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi santan. Masukkan garam dan kacau perlahan sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sudah dibilas dan ketepikan seketika.

Untuk Lapisan Hijau :
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
90 gm gula pasir
180 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
sedikit pewarna hijau/pandan emulco

Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas di dlm periuk dan larutkan. Tuangkan ke dalam lapisan putih yang sudah hampir beku tadi. Sejukkan

2 comments:

  1. salam perkenalan...sedapnya tengok agar2 santan tu...minta izin ye nak copy resepinya dan saya follow blog awak tq.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan ima...silakan lah ima, sememangnya resepi2 itu ialah untuk dikongsi bersama dan terimakasih byk2 kerana mengikuti blog saya :-)))

    ReplyDelete