Sunday, August 22, 2010

Badak Berendam



Salam semua.... Kuih Badak Berendam nie mmg sudah terkenal dikalangan orang Melayu, nak2 klu orang lama...tapi ianya masih lagi menjadi kegemaran hingga ke masa ini iaitu generasi skrg...kerana ianya diminati oleh anak2 saya juga....jadi hari ini bikin lah Badak Berendam untuk iftar....sila lah cuci mata dan klu ingin muncuba membuatnya silakan....resepi nie saya dapat dari blog Bro Rozzan....seungguh sedapppp, klu anda mencuba pasti tidak akan mengecewakan.....Terlebih dahulu Bro Rozzan minta izin C&P resepinya disini ya...thks

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:
Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.

Bahan Kulit
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)

Cara:
Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

2 comments:

  1. Waaah sedapnyaaa...puasa kali ni, ummi belum buat lagi..bila la nak buat nih! Last year sampai 2x buat..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam Ummi...badak berendam nie mmg feveret lah Ummi...no worry Ummi, masih ada 2 minggu lagi kita berpuasa... masih ada masa untuk buat untuk tahun nie hehehe...

    ReplyDelete