Sunday, August 15, 2010

Aiskrim Soda Berbuah


Salam semua...nie tadi lepas berbuka, my daughter nie suruh bikin air Aiskrim Soda Berbuah yang die lihat di dalam Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010... inilah dia hasilnya...

Bahan-Bahan
150 gm buah laici (di dalam tin) takde stock saya pakai longan
150 gm buah peach (di dalam tin) takde saya pakai buah mangga
350 ml air aiskrim soda
50 ml susu segar
kuib ais secukupnya

Cara-Cara
1. Kisar buah laici dan peach (longan dan mangga) sehingga hancur dan sebati.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi tadi kedalam jug.
3. Seterusnya masukkan air aiskrim soda dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali hidangkan sejuk bersama kuib ais secukupnya.Sedia untuk diminum.

No comments:

Post a Comment