Monday, August 9, 2010

Puding Kastard Mewangi


Salam dan selamat malam semuanya....petang tadi bikin Puding Kastard Mewangi yang resepinya dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010.....puding nie sungguh sedap klu dimakan klu sejuk2....Bagi sesiapa yg tak mempuyai Majalah ini, jgn gusar kerna disini ada saya sertakan skali resepinya.....
Bahan-Bahan :-
200 gm gula
100 ml air
1 liter susu segar
250 gm tepung kastard
Hiasan:-
hirisan kiwi
hirisan epal merah dan mangga (tak punya jadi saya gantikan dgn longan)
Cara-Cara:-
1. Masak gula dan air sehingga warnanya menjadi keperangan dan tuang ke dalam acuan.
2. Masak susu sehingga mendidih dan setelah itu campurkan tepung kastard, kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam acuan gula tadi kemudian dibiarkan sejuk.
4. Lepas tu boleh lah anda hiasi puding kastard mewangi anda mengikut citarasa masing-masing.

2 comments:

  1. Kak noraini ,acuan what size?

    ReplyDelete
  2. nadia, size acuan ikut citarasa masing2...klu nak bikin kat mangkuk kecik2 pun boleh, nak bikin satu tempat je pun boleh...tergantung kepada kesukaan nadia :)

    ReplyDelete