Sunday, August 1, 2010

Custard Puff


Salam dan selamat petang semua....terlanjur tadi bikin pastry2 yg ditempah saya pun bikin lah Custard Puff untuk makan petang....tak sihat tak sihat jugak, bikin bikin jugak...dah terlanjur soalannya adunan pastrynya sama dengan eclair dan fillingnya sama dengan topping custard tart....Resepi ini ialah dari tak lain dan tak bukan teman karib saya iaitu Puan Sofea..terimakasih puan kerana memberi resepi dan menunjuk ajar cara2 dan tips2 hehehehe ok disini saya kongsi resepinya bersama anda semua....
Bahan-Bahan
300 gm tepung gandum
450 gm air
450 gm telur
210 gm butter
1 sdt garam

Cara-Cara
Didihkan air atas dapur. Bila air sudah mendidih, masukkan butter dan garam. Apabila butter sudah cair, tutupkan api dapur dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang rata. Ketepikan dan sejukkan adunan. Bila adunan dah sejuk, masukkan ke dalam mixer dan tuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan adunan ke atas dulang (sizenya ikut citarasa masing2). Sesudah itu bakar dengan suhu 200c selama 20minit atau sehingga masak. Bila sudah sejuk, belah pertengahannya (jgn belah habis,belah sangkut) dan pipekan fillingnya.



Bahan-Bahan Untuk Filling
4 oz tepung custard
8 oz gula pasir
1 tin susu cair
2 sdm butter
1 biji telur
1000 ml air

Cara-Cara
Air, gula, susu cair dan tepung custard disatukan dan kacau rata. Kemudian kacau telur sedikit dan masukkan kedalam bahan yang telah disatukan tadi. Akhir sekali masukkan butter dan di masak sehingga tanak.


No comments:

Post a Comment